Monthly Archives: July, 2012

Majlis Berbuka Puasa Presstij 1433H / 2012 M

Image

Assalamualaikum w.b.r,

Semua alumni dan keluarga dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Presstij 2012, seperti berikut:

  • Tarikh : 4 Ogos, 2012 (Sabtu)
  • Masa : 6:00-8:30 pm
  • Tempat : Residence Hotel, Uniten Bandar Baru Bangi
  • Bayaran: RM50++ dewasa
  • Maklumat : Mar Azleena Omar 0192680282 atau Angah Azam Zamri 0172431968
Advertisements

Port Dickson Gempar dek Reunion STJ 85-89!!

Bertemu Kembali STJ89!

PORT DICKSON 28 April– Selepas membawa haluan sendiri sebaik tamat pengajian, perjumpaan 250 orang termasuk 86 bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah, bekas guru dan ahli keluarga baru-baru ini mengundang kembali nostalgia lama.

Bukan sekadar gembira dapat mengeratkan hubungan malah bangga melihat pencapaian diraih dalam dunia kerjaya dan perniagaan, membuktikan keupayaan SMSTJ Kuala Pilah melahirkan tenaga kerja selaras dengan keperluan negara. Suasana ceria jelas terpancar kepada bekas pelajar SMSTJ sesi 1985 hingga 1989 yang turut menyambut ulang tahun kelahiran ke 40 tahun pada tahun ini

Jawatankuasa Reunion STJ8589

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Khalid Ibrahim,yang juga merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik di Kementerian Kewangan Malaysia, berkata perjumpaan tersebut telah disusun oleh satu jawatankuasa khas terdiri daripada bekas pelajar untuk mencari dan menyatukan bekas pelajar yang berada di dalam dan luar Negara bagi tujuan tersebut.Menurutnya, perjumpaan juga menjadi platform rakan lama berkongsi pengalaman dan idea dalam suasana santai selain berpeluang memperkenalkan keluarga masing-masing bagi memperluaskan lagi jaringan persahabatan.

“Diharap perjumpaan ini akan membantu mengeratkan lagi hubungan sedia ada selain platform melihat kejayaan diraih selepas meninggalkan alam persekolahan hampir 23 tahun.”

Selain bekas pelajar, bekas pengetua, guru sekolah dan wakil Persatuan Alumni SMSTJ (PRESSTiJ) turut hadir dalam perjumpaan itu. Menurut Dato’ Ir Md Nasir Ibrahim, Yang Dipertua PRESSTij , pihaknya telah mewujudkan Tabung Kebajikan Persatuan Alumni SMSTJ bagi membolehkan semua bekas pelajar memberi sumbangan.

Maintain anggun….

Dalam pada itu, bekas pelajar sekolah tersebut, Norhizam Bahaman menyifatkan perjumpaan itu membawa segala kenangan persekolahan yang masih segar dalam ingatan.”Sukar hendak digambarkan apabila kami berjumpa semula setelah 23 tahun meninggalkan sekolah. Perjumpaan ini memberi kenangan terindah kepada kami,” katanya yang kini sedang bertugas dengan Polis Diraja Malaysia dan menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa.

Bagi bekas guru, Nazri A Rahman, 53, beliau gembira kerana turut sama dijemput pada perjumpaan itu dan dapat berjumpa semula dengan bekas anak didiknya. Katanya, pendidikan yang dicurahkan oleh para guru telah mengubah kehidupan bekas pelajar terbabit untuk menjalani kehidupan sempurna sehingga kini.

Penambah keceriaan buat si kecil

 

Lambungan kasih..

Sempena perhimpunan ini pelbagai aktiviti dijalankan antaranya sukaneka, majlis makan malam dan senamrobik bagi mengeratkan kemesraan di kalangan bekas pelajar.

20120803-133013.jpg

Alumni Terharu Kunjungan PRESSTiJ

Lawatan Duta Kebajikan Azizee Mahmood ke rumah Aliza Yunus 86

Kuala Pilah 18 Julai– Duta Kebajikan PRESSTiJ En Azizee Mahmood bersama Pn Nor Azimah Kamaruddin 86, En Tapa 77 telah mengunjungi Pn Aliza Yunus 86 dan suami En Ibrahim di Kg Padang Lebar , Terachi.  Lawatan terdahulu mendapati keluarga pasangan ini mengalami kesempitan hidup.  Namun, Allah Maha Kaya telah mengurniakan pasangan ini 5 cahayamata, berumur antara 7 hingga 20 tahun.  Anak sulung baru pulang dari melanjutkan pelajaran dari sebuah universiti di Perancis dan yang kedua akan melanjutkan pelajaran ke Purdue University Amerika Syarikat Julai ini.  Suami beliau mengusahakan bengkel kecil mengetuk dan mengecat kereta dengan pendapatan yang tidak menentu.

Tidak dinafikan keluarga ini ada menerima bantuan kebajikan dari agensi kerajaan, keadaan ekonomi keluarga ini masih tidak menentu dengan anak-anak yang masih bersekolah.  Lawatan PRESSTiJ ini telah memberikan semangat kepada keluarga ini dan pn Aliza terharu di atas ingatan rakan rakan bekas pelajar  STJ ke atas beliau dan keluarga

Mesyuarat Agung dan Back to School Meriah !!!

Kuala Pilah, 23 Jun 2012– Tahniah dan terima kasih kepada semua bekas pelajar SMSTJ yang berkesempatan hadir dalam Mesyuarat Agong PRESSTiJ ke 2 di Dewan sekolah SMSTJ pada 20 Jun 2012. Mesyuarat dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Razi Haji Kail, ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang merupakan seorang alumni SMSTJ.  Seramai 86 orang ahli telah hadir.  Pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2012-2014 telah diadakan dalam suasana penuh demokrasi.  Berikut disenaraikan barisan yang dilantik:

  1. Yang Dipertua: Dato’ Ir. Md. Nasir b. Ibrahim
  2. Timbalan  Yang Dipertua : Fareed Reezal bin Arund
  3. Setiausaha: Nik Mohamed Fakaruddin bin Nik Mahir
  4. Bendahari: Borhan bin Mohd Doya
  5. Penolong Setiausaha I: Khalid b. Ibrahim
  6. Penolong Setiausaha II : Nazri bin Ishak
  7. Penolong Bendahari : Siti Khalijah binti Ibrahim
  8. Ahli Jawatankuasa : Mazwati binti Mohd Zain,  Abdul Rahman bin Yaakub, Norazimah binti Kamaruddin, Hafazah binti Hafidz, Mohamad Nor bin Othman, Abd. Semat bin Abd. Rahman, Azhar bin Saffuan, Mar Azleena binti Omar, Muhammad Farhan Miqdad b. Mohamad, Nadzri bin Juda, Kamlyzan bin Karim Abdullah, Rozailin binti Abdul Rahman, Mohd Zamri Zainudin, Haris Azman, dan Mohd Yunus Abdul Rahman

Antara gegurls yang hadir…bergaya dan ‘maintain’..

Sempena Mesyuarat Agung turut diadakan pelbagai aktiviti seperti Program Back to School, Hari Koperasi, ceramah motivasi, persembahan kugiran oleh band bekas pelajar dan perlawanan persahabatan sukan di antara alumni dan pelajar SMSTJ.  Seramai 150 alumni pelbagai batch telah hadir memeriahkan program.  YDP PRESSTiJ Dato’ Ir Nasir di dalam ucapan sulungnya menyatakan persatuan terbuka kepada sebarang cadangan dan mengalu-alukan penglibatan semua alumni tanpa mengira pangkat dan usia di dalam semua aktiviti PRESSTiJ.

Sementara itu, Pn Wahida Mohamed Batch 89 menyatakan rasa terharu apabila band ACES 89 membuat persembahan di dewan SMSTJ di hadapan alumni dan para pelajar kerana kali terakhir ACES membuat persembahan bersama ialah pada 23 tahun dahulu.

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!