Monthly Archives: August, 2012

Salam Merdeka 55 Tahun

PRESSTiJ merakamkan ucapan Selamat Menyambut dan Menghayati Kemerdekaan ke 55 buat seluruh ahli Presstij , alumni SMSTJ, bekas guru-guru, barisan pendidik, adik-adik pelajar dan warga SMSTJ Kuala Pilah.

Indah sungguh bunga seri pagi,
Disimbah mentari kembanglah ia;
Terasa bertuah diri ini,
Karna dilahirkan di bumi Malaysia.

20120831-070548.jpg

Snapshots Reunion STJ Batch 85-89 di CocoBay Resorts PD, April 2012

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri SMSTJ 1983

Bekas Pelajar SMSTJ 1983 akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada Sabtu, 1 September 2012 di Restoran Rebung, Bangsar bermula pada jam 2.30 petang. Dijemput agar semua bekas belajar tahun 1983 dapat hadir untuk memeriahkan Majlis Jamuan ini.”

Sekian, terima kasih

Dr Hizamri Yasin
SMSTJ Class of 83
0192867865

20120819-203120.jpg

Minal Aidin Wal Faizin PRESSTiJ

20120817-052300.jpg

20120817-233247.jpg

From Lela Mozarella(1980)

20120818-105528.jpg</a

From Shamsul Saiman(1989)

20120818-111109.jpg

YDP & JK PRESSTiJ Mengucapkan Salam Aidilfiri 1433H : Kemaafan dipinta…

Salam Aidilfitri pada semua yang berkaitan dengan SMSNS, STJ atau SMSTJ…

Berbuka Puasa STJ Batch 1991: Meriah bergaya..

AJK Penganjur Majlis Berbuka Puasa STJ 1991..penat tapi berbaloi usaha..

BANDAR BARU BANGI, 12 Ogos– Seramai hampir 80 bekas pelajar Sekolah Sains Tuanku Jaafar (sekarang dikenali sebagai SMSTJ) Batch 1987-1991 telah melapangkan masa beramah mesra ke Majlis Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort.  Turut menambah ceria adalah keluarga masing-masing.  Menurut Bro Abdul Halim Johar yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa penganjur, majlis ini telah dirancang sejak sebulan yang lalu melibatkan 21 orang jawatankuasa yang memain pelbagai peranan penting.  Beliau yang kini berkhidmat di Utusan Malaysia memberitahu peranan wakil wakil kelas amat memberi kesan dalam usaha memastikan majlis mendapat sambutan hangat. Turut membantu beliau ialah Sis. Zaleha Ismail, yang kini bekerja di Human Resource Dept. SapuraKencana.  Kali terakhir mereka bertemu adalah pada Ramadhan 2011 di Seremban, menurut Siti Zaleha.

Cikgu Faridah dan Liew Pei Shen…berdebar melihat wajah rakan rakan lama

Bagi Sis Faridah Hassan, seorang guru di SMK Tunku Putra, Batu Pahat beliau amat teruja untuk hadir. ‘Tak sangka pula hubby kata okay dan sanggup drive ke sini’ ujar beliau sambil melayan hidangan.  Tetamu istimewa batch ini ialah rakan mereka Sis. Liew Pei Shen yang hadir bersama suami dan anak-anak.  Pei Shen tidak pernah bertemu rakan rakan sejak meninggalkan STJ pada Disember  1991. Beliau hampir tidak mengenali wajah wajah rakan rakan.  Namun beliau agak sedih kerana kawan baik semasa di sekolah dulu, Maya, tidak dapat hadir.

‘Tak sangka pula hubby kata okay dan sanggup drive ke sini’-Faridah Hasaan

LInderq, Mat Jimmy dan Zaini

Lokasi majlis memainkan peranan penting bagi meningkatkan penyertaan majlis ini.  Urusan logistik dan promosi diuruskan oleh setiausaha majlis Sis Linda atau nama panggilan beliau Linderq.  JK mewujudkan laman facebook khusus untuk Batch ini iaitu Ex STJrian 1987-1991 dan ajk menggunakan app whatsapp bagi melancarkan komunikasi sesama jawatankuasa. ‘Ada satu ketika saya  tersasul mengenai event ini semasa memberi kursus!’ ujar beliau yang berkhidmat di Maybank HQ (Training) bagi menggambarkan komitmen rakan rakan jawatankuasa majlis ini.

‘Ada satu ketika saya  tersasul mengenai event ini semasa memberi kursus!’-Linderq

‘I can find friends from the whole world but still friends that I always eager and happy to meet are from STJ8791″ – Zaini Jai via Facebook

Bro Azahari yang mengetuai JK Penajaan, mengakui ramai rakan rakan yang bermurah hati memberi sumbangan berupa cenderamata dan wang tunai.  Cenderamata diagih-agihkan sesama rakan bagi menceriakan suasana.  Rata-rata mood pada majlis kali ini adalah mood raya kerana semua berpakaian baju melayu dan baju kurung dengan lagu-lagu raya dimainkan sepanjang majlis berlangsung.

Turut diundang ialah wakil PRESSTiJ iaitu Persatuan Alumni SMSTJ.  Bro Khalid Ibrahim (Batch 1989) merakamkan penghargaan di atas undangan Sis. Mazwati atau Awie dan merasa kagum melihat begitu ramai yang hadir.  Beliau mendoakan persahabatan rakan rakan STJ8791 berpanjangan dan menyeru mereka aktif meryertai aktiviti anjuran  PRESSTiJ.

Nota:
Senarai AJK- Abdul Halim, Siti Zaleha, Noor Haslinda, Shahrolizam, Zaki Jani, Zarizal, Saliza Elias, Noralita, Johan, Nuilan, Norma Anum, Mohd Sani, Sy. Zamzariah, Dzulkefly, Romailin, Azman Mokhtar, Rodhiazly, Syarul Azmir, Mohd Nazir, Azmi Shukri, Azhar Halim dan Muzni

Majlis Anak Angkat, Khatam Al Quran dan Berbuka Puasa 1433H / 2012M

KUALA PILAH, 11 Ogos– Bertempat di Mussolla  SMSTJ, berlangsung Majlis Sumbangan Duit Raya daripada pihak Alumni PRESSTiJ (melalui kutipan daripada ibu bapa angkat) kepada semua pelajar anak angkat yang hadir . Majlis dimulakan dengan ucapanYDP PIBG En. Mohd Nor diikuti ucapan wakil Alumni. Seterusnya majlis khatam Al Quran diadakan dengan bimbingan Ustaz Muslimin dan diakhiri acara penyampaian  sumbangan duit raya

Salam Hari Raya kepada semua guru-guru, kakitangan dan para pelajar SMSTJ,

Nota:

Penghargaan kepada alumni yang hadir majlis Anak Angkat, Khatam Al Quran dan Berbuka Puasa di SMSTJ pada Sabtu 11 Ogos, 2012:

Bro:
Dato Ir Nasir, Angah Azam Zamri, Haris Azman, Khalid Ibrahim, Yunus Abd Aziz, Abd Rahman 80, Shukri 87, Fareed Reezal, Kamlyzan, Mohd Nor YDP PIBG, Borhan Doya, MJ 90, Nazri Carlos, Dato Saifullizan, Aznor Sharil, Farhan 2009

Sis:
Mar Azleena, Masni Afiza, Asmah 98,Cikgu Fauziah Yamin 87, Salina Ismail, Nor Faizah 98

20120812-155329.jpg

Program Anak Angkat PRESSTiJ: Terharu dalam gembira

KUALA PILAH 11 Ogos- Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (PRESSTiJ) telah menganjurkan sesi pengambilan anak anak angkat dikalangan para pelajar anak yatim SMSTJ Kuala Pilah yang mempunyai latar belakang keluarga kurang mampu dari segi ekonomi. Menurut ketua Biro Kebajikan Sis. Mar Azleena, program kali ini diperluaskan berdasarkan maklumbalas yang memberangsangkan hasil penajaan lapan anak angkat sebelum ini.

Sis Mar Azleena tak menang tangan membantu anak-anak angkat

Menurut Sis Mar Azleena yang kali pertama mengetuai Biro Kebajikan Presstij, beliau berasa amat teruja dan seronok dapat berinteraksi dengan para pelajar yang boleh dianggap anak-anak beliau. Beliau meninggalkan SMSTJ pada penghujung 1980. Pelbagai panduan berkaitan kerjaya juga telah dikongsi oleh beliau semasa sesi kali ini berdasarkan pengalaman luas beliau sebagai Pengurus Sumber Manusia(Rantau Asean) sebuah syarikat multi nasional. Pada sesi kali ini beliau turut dibantu oleh Bro Angah Zamri dan Bro Khalid Ibrahim.

Bagi pelajar Nurul Amirah, tingkatan 4, yang berasal dari Ampangan Seremban pula, program anak angkat ini mampu memberi ruang kepada keluarga angkat untuk memberi motivasi dari aspek pelajaran. Beliau yang bercita-cita menjadi pakar sakit puan satu hari nanti berharap Alumni PRESSTIJ dapat meneruskan program bagi membantu lebih ramai pelajar. Pandangan ini dikongsi oleh rakan beliau, Siti Norazwa yang berasal dari Sesapan Batu Hampar Rembau. Norazwa mendoakan program ini tidak terhenti di tengah jalan kerana ia telah terbukti memberi faedah.

Amirah dan Nor Azwa mendoakan kejayaan program

Bro. Abdul Rahman Zainuddin, alumni 1980, hadir sesi kali ini untuk mengambil dua anak angkat. Beliau , seorang professional di Murphy Oil, mendapat maklumat ini dari Dato Ir. Nasir menyarankan PRESSTiJ mendapat kebenaran menjadi keluarga angkat dari penjaga para pelajar yang terbabit agar tidak timbul sebarang salah faham kelak.

Bro Abdul Rahman tekun menjawab pertanyaan anak-anak angkat beliau

Bagi Sis. Masni Afiza Mohamed ( Alumni 1995) , calon ibu angkat yang termuda pada sesi tersebut, beliau sebenar tidak mempunyai perancangan awal untuk menjadi ibu angkat. Namun setelah mengetahui ramai pelajar yang hadir adalah anak yatim dari keluarga yang susah, hati beliau lantas terbuka dan berasa pilu setelah mendengar keperitan kisah hidup mereka. Beliau telah menjadikan Nasirah pelajar tingkatan 3 yang berasal dari Senaling sebagai anak angkat. Nasirah merupakan anak bongsu dari empat beradik telah kematian ayah pada tahun 2011. Beliau yang kelihatan amat teruja, bersyukur kerana terpilih dan yakin akan mendapat nasihat dan bantuan dari ibu angkat ‘muda’ beliau sambil melontarkan senyuman ke arah rakan-rakan.

Dato’ Ir Nasir menyerah anak angkat Nurnasirah, tingkatan 3, kepada Sis. Masni Afiza, Alumni 1995

Sis. Salina Ismail, pula hadir dengan misi untuk menambah bilangan anak angkat beliau. Sebelum ini beliau telah menjadi ibu angkat kepada Nur Janatul, pelajar tingkatan dua, sejak setahun yang lalu. Sis. Salina kali ini telah memilih dua pelajar lelaki tingkatan satu dan lima sebagai anak-anak angkat. “Ini adalah salah satu cara alumni dapat contribute back kepada sekolah’ ujar beliau yang kini berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. ‘ Ibu bapa angkat tidak sahaja membantu dari segi kewangan, tetapi boleh memberi bimbingan tips-tips kejayaan terutama kepada pelajar dari kawasan luar bandar dan tanah rancangan Felda’ ujar beliau lagi yang turut ditemani oleh puteri beliau. ‘ Cuma kami ibu bapa angkat tidak dapat berjumpa kerap dengan anak-anak angkat’ ulas beliau apabila ditanya mengenai cabaran yang bakal dilalui.

‘Ini adalah salah satu cara alumni dapat contribute back kepada sekolah’ -Salina Ismail

Sis.Salina Ismail teruja bergambar bersama anak-anak

YDP Dato Ir. Nasir dalam amanat penutupnya memberitahu beliau amat terharu di atas sambutan alumni SMSTJ. Beliau juga mengucapkan penghargaan persatuan kepada pihak sekolah kerana telah mencalonkan 36 pelajar untuk menyertai program tersebut. PRESSTiJ akan berusaha untuk mendapatkan keluarga angkat di kalangan Alumni bagi kesemua pelajar yang hadir.

Beliau juga mengumumkan pihak PRESSTiJ akan memberikan duit raya RM100 kepada setiap anak-anak angkat yang terpilih pada sesi kali ini. Sebelum itu, dalam ucapan pembukaan majlis, Dato’ Nasir menyatakan seramai lapan anak-anak angkat telah menerima baju raya bernilai RM300. Beliau merakamkan penghargaan tinggi kepada para ibu bapa angkat yang telah menaja sumbangan wang tunai dan baju raya. ‘ Allah sahaja yang dapat membalas keikhlasan mereka’ ujar beliau yang kelihatan puas pada petang itu. ‘PRESSTiJ sentiasa membuka peluang kepada semua bekas-bekas pelajar untuk sama-sama berbakti’ tambah beliau sebelum melayan anak-anak baru beliau.

Nota:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَهَاجَرُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمْوَٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِ ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ

orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

Quoted from the Holy Quran (التوبة ٢٠ – At-Tawba 20)

Posting FB mengenai program ini by SIS Mar Azleena

SMS Tuanku Jaafar muncul juara forum kebangsaan

Utusan Malaysia ARKIB : 05/10/2006

WARGA SMS Tuanku Jaafar, Kuala Pilah membawa pulang piala Pertandingan Forum Remaja Kebangsaan, baru-baru ini, setelah muncul johan. Berdiri di depan, empat dari kiri ialah pengetuanya, Norizan Abd Latif.

SEKOLAH Menengah Sains (SMS) Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan muncul juara Pertandingan Forum Remaja Kebangsaan 2006 di samping pelajarnya, Mohd. Izdiyad Mohd. Lock Man meraih anugerah Pengerusi Terbaik pada pertandingan tersebut.

Selain Mohd Izdiyad, SMS Tuanku Jaafar diwakili oleh Umi Hafizatullaila Mohamd Zulkipli, Nur Aqilah Nordin, Nur Zahidah Hosman dan Nai’mah Ahmad Haripin (simpanan).

Menurut Umi Hafizatullaila, pertandingan tersebut merupakan peluang kepada golongan remaja untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa kebangsaan selain dapat membina generasi muda yang mahir dan fasih serta petah berhujah.

“Aktiviti ini berjaya mencapai objektif dan harus diteruskan malah kami gembira kerana usaha kami selama ini berbaloi,” katanya.

Pada pertandingan yang dianjurkan Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu, SMSTJ menghuraikan tajuk Jiran Sepakat Membawa Berkat.

Sebanyak 15 sekolah telah berentap pada forum kali ini yang diadakan di Pulau Pinang selama empat hari.

Pelajar SMSTJ SPM 2009 Cemerlang

Tahniah SMSTJ

SMSTJ Maju Sempurna!!

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!