Perutusan YDP: Sempena Pelancaran Blog PRESSTiJ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah dengan limpah kurniaNya kerana berjaya mewujudkan sebuah laman blog Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah, PRESSTIj yang dapat menghimpunkan bekas pelajarnya semula. Saya mewakili seluruh warga persatuan PRESSTIj, berbesar hati dan mengalu-ngalu tuan-puan melayari blog ini bagi mendapatkan maklumat dan manfaatkannya.  Para alumni juga digalakkan untuk berkongsi berita atau cerita aktiviti batch masing-masing di blog ini bagi pengetahuan rakan-rakan alumni yang lain.

 Saya berharap dan mendoakan agar laman Persatuan ini akan dijadikan platform untuk para alumni berkongsi idea, pengalaman dan kepakaran. Perkongsian maklumat itu diharapkan dapat memupuk budaya interaktif yang sihat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa atas kegigihan dalam menjayakan program-program yang diadakan setiap tahun.

Akhir kalam, daftarlah segera sebagai ahli persatuan PRESSTIj bagi mengeratkan hubungan warga Persatuan Alumni.  Saya percaya semua alumni mempunyai kekuatan atau buah fikiran tersendiri bagaimana untuk memantapkan persatuan.  Marilah kita bekerjasama secara sukarela. Insya-Allah kita akan mendapat manfaat yang besar daripadanya. 

Selamat Mendaftar!

Y. Bhg. Dato’ Ir. Haji Md. Nasir Bin Ibrahim

Yg. Dipertua

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

%d bloggers like this: