Sistem paip baru atasi masalah gangguan air di SMSTJ

Gambar Hiasan

Sumber : Berita Harian, 8 Ogos 2012

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk surat pembaca ‘Pak Cik heran, Seremban, Negeri Sembilan’ dalam ruangan ini 4 Januari lalu bertajuk ‘Gangguan air kerap berlaku di SMSTJ’ (Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja’afar, Kuala Pilah).

Pihak sekolah serta PIBG melalui kementerian mengambil maklum masalah bekalan air ke asrama pelajar dan sudah mengambil langkah sewajarnya mengatasi masalah berkaitan. Berikut adalah tindakan diambil pihak sekolah:

 l Membuka semula saluran lama paip bekalan air dan menggantikannya dengan jenis G1 bersaiz 2 inci, 3/4 inci dan 1 inci, termasuk ‘fitting’ mengikut kesesuaian pengguna. Kerja dilaksanakan pada 28 November 2008.
l Kerja penyelenggaraan Sistem Rumah Pam untuk bekalan dilaksanakan pada 6 Mac 2009.

Bagaimanapun, masalah masih wujud dan langkah seterusnya dilaksanakan pihak sekolah adalah memohon peruntukan kewangan Kementerian Pelajaran; memohon bantuan kewangan Ahli Parlimen Kuala Pilah dan meminta JKR melakukan pemeriksaan atas pam air SMS Tuanku Ja’afar pada 2 April 2009.

Kementerian Pelajaran sudah menyalurkan peruntukan penyelenggaraan termasuk membaik pulih sistem bekalan air berjumlah RM1.025 juta sepanjang tahun dan kerja-kerja menaik taraf dan penambahbaikan dilaksanakan pihak sekolah pada Ogos 2009.
Peruntukan yang amat besar diperlukan untuk kerja-kerja penukaran keseluruhan sistem paip, sistem pam supaya masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.

JKR dan kontraktor berkenaan bersetuju menyelesaikan masalah ini dengan membina sistem paip baru dari tangki utama ke asrama putera dan puteri. Pihak sekolah yakin masalah ini akan dapat diatasi apabila kerja-kerja paip itu selesai dilaksanakan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,

Kementerian Pelajaran.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

%d bloggers like this: