Program Anak Angkat PRESSTiJ: Terharu dalam gembira

KUALA PILAH 11 Ogos- Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (PRESSTiJ) telah menganjurkan sesi pengambilan anak anak angkat dikalangan para pelajar anak yatim SMSTJ Kuala Pilah yang mempunyai latar belakang keluarga kurang mampu dari segi ekonomi. Menurut ketua Biro Kebajikan Sis. Mar Azleena, program kali ini diperluaskan berdasarkan maklumbalas yang memberangsangkan hasil penajaan lapan anak angkat sebelum ini.

Sis Mar Azleena tak menang tangan membantu anak-anak angkat

Menurut Sis Mar Azleena yang kali pertama mengetuai Biro Kebajikan Presstij, beliau berasa amat teruja dan seronok dapat berinteraksi dengan para pelajar yang boleh dianggap anak-anak beliau. Beliau meninggalkan SMSTJ pada penghujung 1980. Pelbagai panduan berkaitan kerjaya juga telah dikongsi oleh beliau semasa sesi kali ini berdasarkan pengalaman luas beliau sebagai Pengurus Sumber Manusia(Rantau Asean) sebuah syarikat multi nasional. Pada sesi kali ini beliau turut dibantu oleh Bro Angah Zamri dan Bro Khalid Ibrahim.

Bagi pelajar Nurul Amirah, tingkatan 4, yang berasal dari Ampangan Seremban pula, program anak angkat ini mampu memberi ruang kepada keluarga angkat untuk memberi motivasi dari aspek pelajaran. Beliau yang bercita-cita menjadi pakar sakit puan satu hari nanti berharap Alumni PRESSTIJ dapat meneruskan program bagi membantu lebih ramai pelajar. Pandangan ini dikongsi oleh rakan beliau, Siti Norazwa yang berasal dari Sesapan Batu Hampar Rembau. Norazwa mendoakan program ini tidak terhenti di tengah jalan kerana ia telah terbukti memberi faedah.

Amirah dan Nor Azwa mendoakan kejayaan program

Bro. Abdul Rahman Zainuddin, alumni 1980, hadir sesi kali ini untuk mengambil dua anak angkat. Beliau , seorang professional di Murphy Oil, mendapat maklumat ini dari Dato Ir. Nasir menyarankan PRESSTiJ mendapat kebenaran menjadi keluarga angkat dari penjaga para pelajar yang terbabit agar tidak timbul sebarang salah faham kelak.

Bro Abdul Rahman tekun menjawab pertanyaan anak-anak angkat beliau

Bagi Sis. Masni Afiza Mohamed ( Alumni 1995) , calon ibu angkat yang termuda pada sesi tersebut, beliau sebenar tidak mempunyai perancangan awal untuk menjadi ibu angkat. Namun setelah mengetahui ramai pelajar yang hadir adalah anak yatim dari keluarga yang susah, hati beliau lantas terbuka dan berasa pilu setelah mendengar keperitan kisah hidup mereka. Beliau telah menjadikan Nasirah pelajar tingkatan 3 yang berasal dari Senaling sebagai anak angkat. Nasirah merupakan anak bongsu dari empat beradik telah kematian ayah pada tahun 2011. Beliau yang kelihatan amat teruja, bersyukur kerana terpilih dan yakin akan mendapat nasihat dan bantuan dari ibu angkat ‘muda’ beliau sambil melontarkan senyuman ke arah rakan-rakan.

Dato’ Ir Nasir menyerah anak angkat Nurnasirah, tingkatan 3, kepada Sis. Masni Afiza, Alumni 1995

Sis. Salina Ismail, pula hadir dengan misi untuk menambah bilangan anak angkat beliau. Sebelum ini beliau telah menjadi ibu angkat kepada Nur Janatul, pelajar tingkatan dua, sejak setahun yang lalu. Sis. Salina kali ini telah memilih dua pelajar lelaki tingkatan satu dan lima sebagai anak-anak angkat. “Ini adalah salah satu cara alumni dapat contribute back kepada sekolah’ ujar beliau yang kini berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. ‘ Ibu bapa angkat tidak sahaja membantu dari segi kewangan, tetapi boleh memberi bimbingan tips-tips kejayaan terutama kepada pelajar dari kawasan luar bandar dan tanah rancangan Felda’ ujar beliau lagi yang turut ditemani oleh puteri beliau. ‘ Cuma kami ibu bapa angkat tidak dapat berjumpa kerap dengan anak-anak angkat’ ulas beliau apabila ditanya mengenai cabaran yang bakal dilalui.

‘Ini adalah salah satu cara alumni dapat contribute back kepada sekolah’ -Salina Ismail

Sis.Salina Ismail teruja bergambar bersama anak-anak

YDP Dato Ir. Nasir dalam amanat penutupnya memberitahu beliau amat terharu di atas sambutan alumni SMSTJ. Beliau juga mengucapkan penghargaan persatuan kepada pihak sekolah kerana telah mencalonkan 36 pelajar untuk menyertai program tersebut. PRESSTiJ akan berusaha untuk mendapatkan keluarga angkat di kalangan Alumni bagi kesemua pelajar yang hadir.

Beliau juga mengumumkan pihak PRESSTiJ akan memberikan duit raya RM100 kepada setiap anak-anak angkat yang terpilih pada sesi kali ini. Sebelum itu, dalam ucapan pembukaan majlis, Dato’ Nasir menyatakan seramai lapan anak-anak angkat telah menerima baju raya bernilai RM300. Beliau merakamkan penghargaan tinggi kepada para ibu bapa angkat yang telah menaja sumbangan wang tunai dan baju raya. ‘ Allah sahaja yang dapat membalas keikhlasan mereka’ ujar beliau yang kelihatan puas pada petang itu. ‘PRESSTiJ sentiasa membuka peluang kepada semua bekas-bekas pelajar untuk sama-sama berbakti’ tambah beliau sebelum melayan anak-anak baru beliau.

Nota:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَهَاجَرُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمْوَٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِ ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ

orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

Quoted from the Holy Quran (التوبة ٢٠ – At-Tawba 20)

Posting FB mengenai program ini by SIS Mar Azleena

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

%d bloggers like this: