Monthly Archives: September, 2012

Nestle Management Trainee Programme 2013: Technical & Production

To All Alumni , please find an advert from Nestle for your perusal.

NESTLE MANAGEMENT TRAINEE 2013

JOGATHON SMSTJ 2012

YTM Tunku Besar Tampin menyampaikan cenderahati

Kuala Pilah, 22 Sept. 2012- Acara kemuncak telah selamat dijalankan pagi tadi di Dewan Besar SMSTJ dengan dihadiri oleh YTM Tunku Besar Tampin. Jumlah yang terkumpul setakat ini ialah RM 50,000.00. Pihak PIBG ingin mengucapkan ribuan terima-kasih kepada semua yang telah menyokong usaha ini. Namun sayugia dimaklumkan bahawa setakat ini sumbangan yang terkumpul dari Alumni adalah kurang dari RM 3,000.00.

Antara tetamu yang hadir Jogathon 2012 SMSTJ

Kepada Alumni yang telah mengambil kad Jogathon, harap dapat memulangkan semula kad berkenaan bersama kutipan yang ada. Pihak PIBG mengalu-ngalukan jika ada Alumni yang ingin memberi sumbangan bagi mencapai sasaran asal program.

Terima-kasih diucapkan kepada semua.
Mohamad Nor Othman(’82)
YDP PIBG.

Kejohahan CIMB FOUNDATION COBRA – KGV 10″s

Oleh Angah Azam Zamri

SMSTJ Warriors

Seremban, 22 Sept, 2012-STJ Warriors Bawah 16 Tahun dan 14 Tahun telah menyertai kejohahan CIMB FOUNDATION COBRA – KGV 10″s yang telah berlangsung selama dua hari di padang KGV, Seremban, 22 – 23 September 2012.  Keputusan penuh adalah seperti di bawah:

Bawah 16 Tahun:-

SMSTJ VS SMK Sultan Ibrahim

Menang 5 – 0SMSTJ VS SMS Selangor
Kalah 0 – 14

SMSTJ VS MRSM K. Terengganu
Menang 17 – 7

SMSTJ VS Semasyur
Kalah 0 – 12

SMSTJ VS SAS (Quarter Final Plate)
Kalah 0 – 1 (Penalti)

Bawah 14 Tahun

SMSTJ VS Semasyur
Kalah 0 – 5

SMSTJ VS Brains (SBPI Batu Rakit)
Menang 21 – 0

SMSTJ VS KGV
Menang 21 – 0

SMSTJ VS SDAR
Kalah 0 – 12

SMSTJ VS English College
Menang 7 – 0

SMSTJ VS MCKK (Semi Final Plate)
Kalah 0 -1 (Penalti)

Kepada semua pemain, penyokong yang terdiri dari ibubapa, pelajar dan Coach Nurudin, teruskan semangat juang tinggi anda untuk membawa nama SMSTJ gah kembali di bidang sukan sebagaimana kejayaan yang dirintis di dalam era 80-an dulu.

Tanpa kelibat beberapa pemain utama yang masih dihambat kecederaan, kemampuan SMSTJ untuk melangkah ke peringkat Quarterfinal dan Semifinal amat dibanggakan.

PRESSTiJ Futsal Challenge 2012

20 Oktober, 2012 (Sabtu)

 Sports Planet SENAWANG
Lot 5007, Persiaran Senawang 2, 70450 Senawang,
Negeri Sembilan

(Sports Planet: 06-678 8329 / 06-678 8330)

DAFTAR SEKARANG!!!  RM200 setiap pasukan

Tarikh tutup 5 Oktober, 2012
Kategori :
i. Lelaki bawah 40 tahun-Inter Batch
ii. Lelaki 40 tahun dan ke atas-Inter Batch
Hadiah: Macam Macam ada untuk setiap kategori
Hubungi Biro Sukan PRESSTiJ:
0122855885 (Bro Nadzri Juda 84  , nadzrijuda@yahoo.com)
0169690069 (Bro Semat Rahman 87)

Presstij Futsal 2012 Banner

Selamat Menunaikan Ibadah Haji 1433H

PRESSTiJ mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada semua ahli dan alumni SMSTJ serta ahli keluarga.  Semoga Allah mempermudahkan segala urusan . Amin

Telah dikeluarkan oleh Ibnu Sunni dan At-Thabrani dari Ibnu Umar radhiyallahu anhuma berkata: seorang pemuda datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: sesungguhnya aku berhaji, lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan bersamanya, dan berkata: “wahai pemuda, semoga Allah membekalimu dengan ketakwaan, dan menuntunmu kepada kebaikan, dan mencukupimu dari kesedihan”, maka tatkala pemuda tersebut pulang dia mengucapkan salam kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, maka beliau berkata: “wahai pemuda, semoga Allah menerima hajimu, dan mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu”.

STJ Southern Cell Hari Raya Gathering 2012

By Robin Yau

Pasir Ris, Singapore

Pasir Ris- Singapore, 16 Sept. 2012– Southern Cell of Ex-STJ/Presstij which include ex-students residing in  Melaka, Johor & Singapore met quite regularly in JB, especially when we have visits of our brothers & sisters (other ex-students from the northern area).  So far we have 15 active members and we remained as an informal grouping of STJ Alumni cum a social group with shared common grounds.
This year Hari Raya get together was hosted by Robin Yau (’81) at The Pasir Lodge Bungalow located at Pasir Ris Singapore on 16th Sept 2012.  Those who attended were:
  1. Robin Yau (81)
  2. Jamel Saleh (81)
  3. Jamal Taharim (81) & Family
  4. Afida Norliza (80)
  5. Zulaifah Mustaffa (81) & hubby
  6. Jimmy Kwang (82) & family
  7. Chua Poi Hean (82) & wife
  8. Morita (82)

(L-R) Afida Norliza, Mori M M Eita & Zulaifah Mustapha

As it was a Potluck event, we had a lot of local delicacies served, such as;
  1. Lemang
  2. Rendang Ayam & rendang pucuk pegaga
  3. Daging goreng cili api
  4. Roti jala
  5. Ketupat
  6. Nasi beringin
  7. Rendang burung puyuh
  8. Sambal Kacang
  9. Kuih muih & Hari Raya cookies

(L-R) Poi Hean Chua, Mori M M Eita & Afiza Norliza

We had a good time mingling around and catching up with our two new members, Kwang & Chua who has been in Singapore for many years but have not joined until recently.
We hope to be able to repeat this gathering again next year in JB.

Thanks to all of you..the family is expanding!- Robin Yau

Program Kembali Ke Sekolah Batch 2009

Kuala Pilah, 31 Ogos 2012- Setelah pelbagai usaha dan titik peluh, akhirnya penubuhan Alumni LEADS 0509 telah menganjurkan satu program Sehari Bersama Calon SPM 2012 yang diketuai oleh Saudara Muhammad Farhan Miqdad bin Mohamad pada 31 Ogos 2012 bertempat di Dewan Sri Bistari Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.

Antara objektif program adalah berkongsi mengenai kehidupan pasca SPM dan mengekalkan ukhuwah serta hubungan antara ahli kohort selepas tamat persekolahan, menjelaskan kepada para pelajar mengenai pemilihan kursus yang akan dihadapi bagi menentukan penempatan mereka di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar Negara serta menyampaikan motivasi bagi menghadapi peperiksaan SPM.

Majlis ilmu dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan iringan doa dan muqadimah dari Saudara Sufi Firdaus Gan selaku Ketua Fasilitator. Pengenalan di slot pertama, para fasilitator disempurnakan oleh sedutan video yang di edit baik oleh Saudara Mohd Izzat Faidhi.

Slot 2 bermula sesudah semua fasilitator memperkenalkan nama, khusus dan tempat pengajian. Pengisian slot 2 adalah dengan memberi pendedahan apa itu Asasi, Matrikulasi dan juga Diploma dan di mana hala tuju selepas SPM. Pendedahan ini di sambut baik dengan pelbagai soalan yang diajukan.

Selesai sesi pendedahan selepas SPM, pelajar tingkatan 5 dipecahkan mengikut khusus pilihan hati berdasarkan 4 bahagian iaitu Kejuruteraan, Penjagaan Kesihatan dan Perubatan, Seni Bina dan juga lain-lain. Pelajar bergerak ke destinasi dan fasilitator menceritakan penjalanan dalam setiap khusus. Para pelajar begitu tekun dan mengambil peluang bertanyakan itu dan ini sebelum slot tamat pada pukul 10.15 pagi.

15 minit sebelum berakhir, Penolong Ketua Fasilitator, Saudari Ummi Ummairah memberikan tips untuk mengekalkan ukhwah sesama batch supaya dapat member sumbangan pada sekolah sebagai alumni.

Perjalanan program berjalan lancar. Selama 2 jam bagi kami tidak cukup dan berharap dapat meneruskan sumbangan ini untuk adik2 di masa hadapan. =)

Biro PRESSTiJ Muda: Suara alumni muda diiktiraf!

JK PRESSTiJ dalam mesyuarat JK pada Sept 11 2012 telah bersetuju untuk menubuh Biro Presstij Muda. Matlamat Biro ini adalah untuk engage alumni muda yang selama ini mungkin segan segan untuk bersuara, serta memberi ruang mengemukakan idea dan sumbangan kepada Presstij dan SMSTJ Kuala Pilah.

JK juga merasakan Biro Presstij Muda ini perlu bagi mengiktiraf wujudnya ramai alumni muda yang aktif dari setiap batch . Mereka ini perlu dilatih dan dipersiapkan untuk memangku pimpinan masa depan PRESSTiJ. Mereka yang dikenalpasti akan dipelawa untuk menyertai Biro ini.

Jika alumni muda, bro and sis ingin turut serta di dalam Biro ini, boleh emel presstij.alumni@gmail.com atau sms Penolong Setiausaha Bro Khalid Ibrahim..0126588782

One for all, all for one !

20120912-221905.jpg

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI CLASS OF 83 SMSTJ

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar Tahun 1983 telah diadakan pada 1 September 2012 di Restoran Rebung Chef Ismail di Bangsar, Kuala Lumpur.

Permulaan jamuan agak lembab kerana setakat jam 2.30 petang, hanyalah kengkawan seperti  hero pasukan hoki kami, Sdr Hazmi “Tole” Hamidin dan si pendiam, Sdr Simon Foong Choon Leong,  ironinya, kedua-duanya yang pertama kali menyertai perjumpaan kami semenjak tahun 2010 yang lalu.  Hati  Your Truly menjadi tidak keruan kerana super senior yang menjadi perekat (adhesive) kepada bekas-bekas pelajar SMSTJ iaitu Abang Azizee dan Abang Yuri yang berhasrat untuk gate crash kami telah sampai tetapi kengkawan sesama batch masih belum nampak kelibat lagi.

Tetapi, di mulai dengan kemunculan Saudara Yazid “Jobot” Hamid dan Nazerin “Erin” Nasir serta keluarga, suasana telah bertukar menjadi bising dengan hilai ketawa kerana secara tiba-tiba ramai yang datang menyerbu seperti Sdr Omar “Kudo” Ahmad dan anak bujangnya yang bergaya dengan baju melayu warna kelabu, Sdr Norhalim Hassan, Sdr Shaharudin Harris Lim, Puan Faridah Saban, Sdr Tazhi Borhan dan ahli-ahli keluarga mereka. Tidak ketinggalan pasangan-pasangan suami isteri  batch 1983 yang tidak pernah ketinggalan hadir iaitu pasangan Prof. Dr. Saiful Aman dan Dr. Faridah Malik serta Hj Syakir Abu Hasan dan Puan Hjh Asfahani Zakaria.

Walaupun direncatkan ketibaan akibat jem yang teruk di beberapa jalan utama ke Kuala Lumpur pada petang itu, kengkawan seperti Sdr Mustafa Afifi, Hj Razif “Jopun” Rahim, Puan Salina “Sal” Ismail, Dr Nor Bahrim Hashim, Sdr Suffian Nordin, Sdr Azam “Panchai” Mohd Dom tetap datang.  Turut hadir adalah  Puan Marzita Said yang terkial-kial memakir kereta sport beliau, Sdr Fauzi Atan, Sdr Ismail “Abut” Yaakub, Kamarudin “Din Bas” Aziz dan Puan Rohani Raof dengan suami.  Ada juga yang sengaja tidak membawa suami seperti mantan KMA Puan Masnira Nordin yang takut diganggu sesi sembang-sembang beliau dengah kengkawan dan bekas penyanyi solo utama batch kami Puan Fakhriah Fatah yang datang pada kali ini setelah hanya mampu berhubung di alam maya sahaja selama ini.

Ketibaan  pakar pecut batch 1983 dari Melaka iaitu Puan Normala Aziz dan suami telah menambah kekecohan di dewan makan.  Apatah lagi dengan kesudian pasangan Kak Mar dan Bang Fendo Ghani, orang kuat Presstij untuk bersama-sama memeriahkan suasana.  Tidak cukup dengan itu, kehadiran Dato’ Cikgu Jalil, bekas guru sejarah dan sukan kami beserta Datin Yusmah, yang kami anggap menggantikan sahabat kami Puan Rusmah Yusof turut menggembirakan kami.

Suasana sangat meriah kerana banyak cerita semasa dan nostalgia lama telah diimbau kerana ada dua orang yang mempunyai ingatan semacam computer seperti Abang Azizee dan Dato’ Cikgu Jalil.  Hampir semua susur galur batch kami Abang Azizee kenal dan ada cerita mengenainya.  Tak cukup dengan itu, menariknya, Dato’ Cikgu Jalil pun masih ingat perihal Yours Truly yang terkeluar muntah hijau semasa menjadi johan pertandingan Merentas Desa Sekolah tahun 1982.  Seperti lazimnya, Kak Mar dan Bang Fendo yang terkenal dengan keramahannya,   masih meningatkan kami akan keaktifan mereka bersekolah dulu.  Apatah lagi personaliti seperti Abang Yuri yang ceria juga kami masih ingat walaupun sempat sama ketika dia Tingkatan Enam semasa kami Tingkatan Satu pada tahun 1979.

Pada penghujung jamuan, walaupun sudah ada kengkawan yang telah beransur pulang, ada lagi yang masih tidak mahu berganjak pulang.  Sesi nonggok-nonggok ini telah berlangsung dengan lebih santai dan diselangi dengan hilai ketawa.

Sungguhpun jumlah kehadiran kengkawan sesame batch yang agak rendah berbanding Reunion kami pada tahun 2010 dan 2011, suasana tetap meriah dan santai.  Walaupun tidak dapat hadir pada kali ini kerana faktor program keluarga dan lain-lain, kengkawan lain yang tidak dapat hadir masih diingati dan berharap agar dapat berjumpa di perjumpaan seumpama ini pada masa hadapan.  Jamuan seperti ini penting kerana ianya menjadi wadah untuk bertanya khabar dan kesihatan kengkawan, jadi wajarlah ianya diteruskan lagi di masa-masa mendatang.  Semoga ikatan  tali silaturrahim, kemesraan dan persahabatan sesama kengkawan batch 1983 dan bekas-bekas pelajar SMSTJ terus dikekalkan sehingga bila-bila. Amin.

Dr Hizamri Yasin

Rumah Terbuka Aidilfitri YDP PRESSTiJ – Kepelbagaian dinikmati

SELAYANG, 7 September- YDP PRESSTiJ Dato’ Ir. Nasir menganjurkan majlis rumah terbuka aidilfitri di pejabat beliau di Wisma Teamcoat Selayang.
Majlis yang saban tahun diadakan ini dihadiri pelbagai lapisan tetamu dari ahli politik, rakan perniagaan, sahabat STJ, kakitangan syarikat, dan sahabat handai. Turut diraikan adalah anak anak angkat di kalangan pelajar SMSTJ Kuala Pilah.
Majlis berlangsung sebaik selesai solat Jumaat dihiasi dengan pelbagai juadah dari kuih muih tradisioanal, sate, lemang, cendol dan kambing golek.
Dato’ Ir. Nasir amat berbesar hati memberi sumbangan hamper dan duit raya kepada 35 anak anak angkat yang hadir. Sumbangan telah disampaikan oleh Dato. Shukor Idrus, Pengerusi UMNO Selayang, seorang kenalan baik Dato’ YDP. Dato’ Subhan Kamal dan Dato’ Ir Donald Lim juga melapangkan masa menghadiri rumah terbuka ini. Turut kelihatan adalah beberapa bapa dan ibu angkat dikalangan alumni PRESSTiJ.
Kehadiran anak anak angkat ini diuruskan oleh Sis Mar Azleena dan Bro Zamri dari Biro Kebajikan Presstij.
Majlis ini juga menjadi medan pertemuan ahli ahli PRESSTiJ serta keluarga. Kelihatan beberapa meja yang sarat dengan alumni SMSTJ bercoloteh. Tidak kurang pula yang ketawa terbahak bahak mendengar kisah kisah lama diulang siaran.
AJK Presstij juga mengambil peluang untuk beramah mesra di majis ini. Turut kelihatan ialah Sis Mar Azleena, Bro Angah Zamri, Bro Fareed, Bro Nik, Bro Haris, Bro Nadzri Juda dan Bro Khalid.
Seperti biasa majlis sebegini tidak lengkap tanpa kehadiran Duta Kebajikan PRESSTiJ Bro Azizee Mahmood. Antara alumni yang memeriahkan majlis ialah:
Bro Dato Saifullizan, Bro Amir Majid, Bro Dato Ab. Jalil, Bro Bud Weizz, Bro Rusman, Bro Jazlan, Bro Fendo Ghani dan beberapa yang tidak pasti namanya.
Antara Sis yang hadir adalah Sis Zaidah Mohd Zainal dan beberapa Sis yang juga tidak pasti nama mereka.
Kebanyakan alumni yang hadir adalah dari Batch 1980 kerana Dato’ Nasir adalah dari batch tersebut.
Syukur diucapkan kepada Allah diatas kelancaran acara dan terima kasih kepada penganjur program.

Nota: sila emel admin untuk menambah nama alumni yang hadir tetapi tidak dinyatakan di dalam post ini.

20120908-115511.jpg

20120908-115528.jpg

20120908-115547.jpg

20120908-115602.jpg

20120908-115626.jpg

20120908-121031.jpg

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!