JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI CLASS OF 83 SMSTJ

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar Tahun 1983 telah diadakan pada 1 September 2012 di Restoran Rebung Chef Ismail di Bangsar, Kuala Lumpur.

Permulaan jamuan agak lembab kerana setakat jam 2.30 petang, hanyalah kengkawan seperti  hero pasukan hoki kami, Sdr Hazmi “Tole” Hamidin dan si pendiam, Sdr Simon Foong Choon Leong,  ironinya, kedua-duanya yang pertama kali menyertai perjumpaan kami semenjak tahun 2010 yang lalu.  Hati  Your Truly menjadi tidak keruan kerana super senior yang menjadi perekat (adhesive) kepada bekas-bekas pelajar SMSTJ iaitu Abang Azizee dan Abang Yuri yang berhasrat untuk gate crash kami telah sampai tetapi kengkawan sesama batch masih belum nampak kelibat lagi.

Tetapi, di mulai dengan kemunculan Saudara Yazid “Jobot” Hamid dan Nazerin “Erin” Nasir serta keluarga, suasana telah bertukar menjadi bising dengan hilai ketawa kerana secara tiba-tiba ramai yang datang menyerbu seperti Sdr Omar “Kudo” Ahmad dan anak bujangnya yang bergaya dengan baju melayu warna kelabu, Sdr Norhalim Hassan, Sdr Shaharudin Harris Lim, Puan Faridah Saban, Sdr Tazhi Borhan dan ahli-ahli keluarga mereka. Tidak ketinggalan pasangan-pasangan suami isteri  batch 1983 yang tidak pernah ketinggalan hadir iaitu pasangan Prof. Dr. Saiful Aman dan Dr. Faridah Malik serta Hj Syakir Abu Hasan dan Puan Hjh Asfahani Zakaria.

Walaupun direncatkan ketibaan akibat jem yang teruk di beberapa jalan utama ke Kuala Lumpur pada petang itu, kengkawan seperti Sdr Mustafa Afifi, Hj Razif “Jopun” Rahim, Puan Salina “Sal” Ismail, Dr Nor Bahrim Hashim, Sdr Suffian Nordin, Sdr Azam “Panchai” Mohd Dom tetap datang.  Turut hadir adalah  Puan Marzita Said yang terkial-kial memakir kereta sport beliau, Sdr Fauzi Atan, Sdr Ismail “Abut” Yaakub, Kamarudin “Din Bas” Aziz dan Puan Rohani Raof dengan suami.  Ada juga yang sengaja tidak membawa suami seperti mantan KMA Puan Masnira Nordin yang takut diganggu sesi sembang-sembang beliau dengah kengkawan dan bekas penyanyi solo utama batch kami Puan Fakhriah Fatah yang datang pada kali ini setelah hanya mampu berhubung di alam maya sahaja selama ini.

Ketibaan  pakar pecut batch 1983 dari Melaka iaitu Puan Normala Aziz dan suami telah menambah kekecohan di dewan makan.  Apatah lagi dengan kesudian pasangan Kak Mar dan Bang Fendo Ghani, orang kuat Presstij untuk bersama-sama memeriahkan suasana.  Tidak cukup dengan itu, kehadiran Dato’ Cikgu Jalil, bekas guru sejarah dan sukan kami beserta Datin Yusmah, yang kami anggap menggantikan sahabat kami Puan Rusmah Yusof turut menggembirakan kami.

Suasana sangat meriah kerana banyak cerita semasa dan nostalgia lama telah diimbau kerana ada dua orang yang mempunyai ingatan semacam computer seperti Abang Azizee dan Dato’ Cikgu Jalil.  Hampir semua susur galur batch kami Abang Azizee kenal dan ada cerita mengenainya.  Tak cukup dengan itu, menariknya, Dato’ Cikgu Jalil pun masih ingat perihal Yours Truly yang terkeluar muntah hijau semasa menjadi johan pertandingan Merentas Desa Sekolah tahun 1982.  Seperti lazimnya, Kak Mar dan Bang Fendo yang terkenal dengan keramahannya,   masih meningatkan kami akan keaktifan mereka bersekolah dulu.  Apatah lagi personaliti seperti Abang Yuri yang ceria juga kami masih ingat walaupun sempat sama ketika dia Tingkatan Enam semasa kami Tingkatan Satu pada tahun 1979.

Pada penghujung jamuan, walaupun sudah ada kengkawan yang telah beransur pulang, ada lagi yang masih tidak mahu berganjak pulang.  Sesi nonggok-nonggok ini telah berlangsung dengan lebih santai dan diselangi dengan hilai ketawa.

Sungguhpun jumlah kehadiran kengkawan sesame batch yang agak rendah berbanding Reunion kami pada tahun 2010 dan 2011, suasana tetap meriah dan santai.  Walaupun tidak dapat hadir pada kali ini kerana faktor program keluarga dan lain-lain, kengkawan lain yang tidak dapat hadir masih diingati dan berharap agar dapat berjumpa di perjumpaan seumpama ini pada masa hadapan.  Jamuan seperti ini penting kerana ianya menjadi wadah untuk bertanya khabar dan kesihatan kengkawan, jadi wajarlah ianya diteruskan lagi di masa-masa mendatang.  Semoga ikatan  tali silaturrahim, kemesraan dan persahabatan sesama kengkawan batch 1983 dan bekas-bekas pelajar SMSTJ terus dikekalkan sehingga bila-bila. Amin.

Dr Hizamri Yasin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

%d bloggers like this: