Monthly Archives: December, 2012

PMR 2012 Ucapan Tahniah Pelajar SMSTJ Tingkatan 3

pmr-2012
PMR 2012: Tahniah diucapkan kepada seluruh pelajar SMSTJ yang mendapat semua atau hampir semua A,tahniah pada semua guru guru dan kakitangan sekolah SMSTJ , walau pun agak sedikit meleret daripada yang diharapkan tetapi ianya menjadi penanda aras untuk menjadi lebih baik tahun hadapan.

YDP Presstij dan seluruh AJK

Advertisements

Alumni Prihatin- Ziarah Keluarga Allahyarham Roslan Ismail (Kid) 1976

Oleh Ir Hj Zulkafli Jaalam (melalui Dr Norizan Ahmad)

Sdr Ir Hj Zulkafli Jaalam bersama anak anak Arwah Kid

Sdr Ir Hj Zulkafli Jaalam bersama anak anak Arwah Kid

Salak Tinggi, 8 Disember, 2012: Baru baru ini seorang alumni batch SMSNS 1976 telah kembali ke rahmatullah. Wakil batch 1976, Sdr Ir Hj. Zulkafli Jaalam dan Sdr Zat telah mengunjungi keluarga Allahyarham Roslan Ismail (Kid) di Salak Tinggi, Selangor. Kunjungan mereka telah disambut mesra oleh anak anak arwah. Mereka juga telah kematian ibu tercinta. Alhamdulillah anak-anak arwah dilahirkan bijak dan kini semua masih belajar. Yang sulung berusia 21 tahun masih belajar di Management Science University (MSU). Atas rasa tanggungjawab anak sulung beliau menangguhkan pengajian semester ini untuk menguruskan pelbagai perkara setelah pemergian ayah tercinta .

Anak arwah kedua sedang belajar fisioterapi di KPJ Kajang. Manakala anak yang ketiga baru menamatkan peperiksaan SPM serta meminati bidang mekanik. Anak bongsu arwah akan berada di tingkatan dua pada 2013. Mereka kini berada di bawah jagaan pakcik mereka yang merupakan adik kepada arwah emak mereka . Beliau kini berniaga kedai makan di Ampang. Rumah yang dikunjungi di Salak Tinggi itu adalah rumah sewa kerana buat masa ini mereka tidak ada rumah sendiri.

Arwah Roslan Ismail @ Kid

Arwah Roslan Ismail @ Kid

Pada kunjungan kali ini, Sdr Zul telah meyampaikan sumbangan yang telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan ikhlas rakan-rakan batch 1976 dan para alumni PRESSTiJ. Sesungguhnya usaha dan sumbangan murni ini amatlah dialu-alukan dikalangan alumni. Anak-anak arwah mengucapkan terima kasih dan terharu di atas ingatan semua rakan rakan arwah bapa mereka dan berharap Allah memberkati sumbangan.

Bagi alumni PRESSTiJ yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menghubungi Sdr Zulkafli Jaalam (zuljaalam@gmail.com) atau Dr Norizan Ahmad (norizan_ahmad@yahoo.com). Alumni juga boleh berhubung dengan Sis Mar Azleena Omar Biro Kebajikan Presstij (azleena63@gmail.com).

Semoga Allah menempatkan roh arwah di kalangan mereka yang beramal soleh dan beriman. Amin.

Sambungan..

Program pada Januari, 2013

Coretan alumni di facebook:

Azfah Binti Ab Rahman Thanks Azizee Mahmood. Kami akan berterusan menyalurkan bantuan kewangan secara bulanan kepada mereka menerusi emak saudara.Kepada sesiapa yang ingin membantu anak2 yatim piatu ini boleh lah menyalurkan derma ke account EMRAN BIN ISMAIL; No. acc. MBB 1-14011-41222-9. Bagi pihak SMSNS76, saya dahului dgn. ribuan terima kasih & semuga Allah swt. murahkan rezeki kalian semua.
Azizee Mahmood Utk pengetahuan semua skali lagi. Yg sulung Fariz akan cuba mendapatkan tempat di IPTA. Yg kedua perempuan final semester di KPJ Coollege of Nursing. Yg ketiga menunggu keputusan SPM, Haziq. Dan yg bongsu Farah di tingkatan dua ….
penyerahan sumbangan Kelab SMSNS76 n Prestij oleh bro Hj Zulkafli Jaalam kpd anak2 arwah Roslan (kid) dgn disaksikan oleh kakak arwah di Salak Tinggi

Penyerahan sumbangan Kelab SMSNS76 dan Presstij oleh Bro Hj Zulkafli Jaalam kpd anak anak arwah Roslan (Kid) dgn disaksikan oleh kakak arwah di Salak Tinggi

STJ Class of 92 : ’20 Years Reunion’ ROCKKS!!!

Oleh Hasnida Nordin 92

Photo2

STJ 92 Reunion – One for the album

MORIB: Selepas 6 bulan perancangan untuk ber’reunion’, akhirnya pada tanggal 24 dan 25 Nov, kami berkumpul di Hotel Impian Morib, Selangor.  Nostalgia lalu tergambar kembali di ruang minda, bagaimana rapatnya hubungan kami, tambahan pula kami telah tinggal bersama di asrama selama 5 tahun. Pelbagai ragam dan kenakalan sehinggakan ada warden yang ‘tension’ dan meng’tension’kan.  Kenangan-kenangan inilah yang telah mendewasakan kami.  Sedar tak sedar ianya telah 20 tahun berlalu.

dinner2

Reunion Dinner..at Impian Morib Hotel

Menjadi harapan kami agar event ini, menjadi ‘event of the year’ dan rakan-rakan membawa pulang seribu kenangan.  AJK dan rakan-rakan berusaha menyediakan yang terbaik.  Tengoklah gambar sebagai bukti..;)

STJ 92 Reunion Goodies

STJ 92 Reunion Goodies

We start our day as early as 10 am……….Alhamdulillah at 6pm, we were very happy to see the end result.  Minum petang juga di sediakan sebagai alas perut before dinner @8pm.

Borak borak for ole time sake..during STJ92 Reunion Dinner..nothing can beat that!!

Borak borak for ole time sake..during STJ92 Reunion Dinner..nothing can beat that!!

Reunion Cakes to top it all...purrfect

Reunion Cakes to top it all…purrfect

STJrians yang datang  melebihi 50 orang.  Meriah dan semua happy.  First opening ucapan dari wakil AJK –Radziah Adam, dan Bekas Ketua Murid Agong –Afizal  Aris. After doa by Ghazali Muzahid…we run for the food.  This is BBQ dinner, food sedap dan kami amat puas hati.  We have 20 Years cake as well..yummy cake JJJ

STJ 92 Next Gen are having the time of their life too..congrats to all the AJKs

STJ 92 Next Gen are having the time of their life too..congrats to all the AJKs

Besides that, kami adakan 2 games for kids and 3 games for adults.  Ada soalan untuk menyanyikan lagu sekolah…tapi  malang kami menyanyi out of tune.

upsr hadiah

Tahniah kepada ‘ anak-anak, ibu-ibu, bapak-bapak’ yang anak-anak mereka telah mendapat pencapaian cemerlang dalam UPSR.

25 Nov, after breakfast kami bertanding dalam acara sukaneka…memang kelakar.  Kami di bahagikan mengikut 4 kumpulan –Engang, Garuda, Rajawali & Helang. The winner is Garuda..Congratulation guys!!!

Reunion Telematch Syiookk

Reunion Telematch Syiookk

After 20 years we have so many things to share, so many stories to update and so many nostalgic events in the past to chat and laugh about. Anggaplah majlis Reunion ini adalah dengan tujuan murni dan ikhlas dalam menyambung silaturrahim dalam konteks kekeluargaan.  Tahniah dan syabas kepada kesemua ahli Jawatankuasa Penganjur dan rakan-rakan yang hadir untuk REUNION tahun ini.  Anda tahu anda adalah yang terbaik.

Best moments..STJ 92 Forevaaa...

Best moments..STJ 92 Forevaaa…

https://www.youtube.com/watch?v=91gt7Wq7TNs

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!