Alumni Prihatin- Ziarah Keluarga Allahyarham Roslan Ismail (Kid) 1976

Oleh Ir Hj Zulkafli Jaalam (melalui Dr Norizan Ahmad)

Sdr Ir Hj Zulkafli Jaalam bersama anak anak Arwah Kid

Sdr Ir Hj Zulkafli Jaalam bersama anak anak Arwah Kid

Salak Tinggi, 8 Disember, 2012: Baru baru ini seorang alumni batch SMSNS 1976 telah kembali ke rahmatullah. Wakil batch 1976, Sdr Ir Hj. Zulkafli Jaalam dan Sdr Zat telah mengunjungi keluarga Allahyarham Roslan Ismail (Kid) di Salak Tinggi, Selangor. Kunjungan mereka telah disambut mesra oleh anak anak arwah. Mereka juga telah kematian ibu tercinta. Alhamdulillah anak-anak arwah dilahirkan bijak dan kini semua masih belajar. Yang sulung berusia 21 tahun masih belajar di Management Science University (MSU). Atas rasa tanggungjawab anak sulung beliau menangguhkan pengajian semester ini untuk menguruskan pelbagai perkara setelah pemergian ayah tercinta .

Anak arwah kedua sedang belajar fisioterapi di KPJ Kajang. Manakala anak yang ketiga baru menamatkan peperiksaan SPM serta meminati bidang mekanik. Anak bongsu arwah akan berada di tingkatan dua pada 2013. Mereka kini berada di bawah jagaan pakcik mereka yang merupakan adik kepada arwah emak mereka . Beliau kini berniaga kedai makan di Ampang. Rumah yang dikunjungi di Salak Tinggi itu adalah rumah sewa kerana buat masa ini mereka tidak ada rumah sendiri.

Arwah Roslan Ismail @ Kid

Arwah Roslan Ismail @ Kid

Pada kunjungan kali ini, Sdr Zul telah meyampaikan sumbangan yang telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan ikhlas rakan-rakan batch 1976 dan para alumni PRESSTiJ. Sesungguhnya usaha dan sumbangan murni ini amatlah dialu-alukan dikalangan alumni. Anak-anak arwah mengucapkan terima kasih dan terharu di atas ingatan semua rakan rakan arwah bapa mereka dan berharap Allah memberkati sumbangan.

Bagi alumni PRESSTiJ yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menghubungi Sdr Zulkafli Jaalam (zuljaalam@gmail.com) atau Dr Norizan Ahmad (norizan_ahmad@yahoo.com). Alumni juga boleh berhubung dengan Sis Mar Azleena Omar Biro Kebajikan Presstij (azleena63@gmail.com).

Semoga Allah menempatkan roh arwah di kalangan mereka yang beramal soleh dan beriman. Amin.

Sambungan..

Program pada Januari, 2013

Coretan alumni di facebook:

Azfah Binti Ab Rahman Thanks Azizee Mahmood. Kami akan berterusan menyalurkan bantuan kewangan secara bulanan kepada mereka menerusi emak saudara.Kepada sesiapa yang ingin membantu anak2 yatim piatu ini boleh lah menyalurkan derma ke account EMRAN BIN ISMAIL; No. acc. MBB 1-14011-41222-9. Bagi pihak SMSNS76, saya dahului dgn. ribuan terima kasih & semuga Allah swt. murahkan rezeki kalian semua.
Azizee Mahmood Utk pengetahuan semua skali lagi. Yg sulung Fariz akan cuba mendapatkan tempat di IPTA. Yg kedua perempuan final semester di KPJ Coollege of Nursing. Yg ketiga menunggu keputusan SPM, Haziq. Dan yg bongsu Farah di tingkatan dua ….
penyerahan sumbangan Kelab SMSNS76 n Prestij oleh bro Hj Zulkafli Jaalam kpd anak2 arwah Roslan (kid) dgn disaksikan oleh kakak arwah di Salak Tinggi

Penyerahan sumbangan Kelab SMSNS76 dan Presstij oleh Bro Hj Zulkafli Jaalam kpd anak anak arwah Roslan (Kid) dgn disaksikan oleh kakak arwah di Salak Tinggi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

%d bloggers like this: