Monthly Archives: January, 2013

Kursus e Perolehan anjuran PRESSTiJ dan Commercedotcom

Sebahagian dari 15 Alumni SMSTJ , PRESSTiJ yang menghadiri kursus ePerolehan anjuran Commercedotcom di Cyberjaya

Sebahagian dari 15 Alumni SMSTJ , PRESSTiJ yang menghadiri kursus ePerolehan anjuran Commercedotcom di Cyberjaya

Cyberjaya, 23 Jan. 2013– Kursus e Perolehan pada 23 Jan. 2013 anjuran Biro Jaringan Perniagaan PRESSTiJ dgn kerjasama Commerce Dot Com di Cyberjaya berjaya menarik dan memberi manfaat kepada 15 peserta di kalangan ahli dan alumni SMSNS/STJ/SMSTJ Kuala Pilah.

Senarai Peserta:

1. Mohamad Amin B. Alias 79
2. Mohd Hafizi B mohd Din 2004
3. Jazlan B Ahmad 80
4. Azmi B Baharudin 86
5.Nora Bt Hashim 89
6. Faruk Ashraf B Ismail (suami nora)
7.Hafiz Affandi 86
8. Roslan B Yahya (partner hafiz)
9. Amran B Ahmad 86
10.Kamlyzan B karim abdulah 86

Anugerah Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) YB Datuk Zaifulbahri Idris

YB Zaifulbahri..prihatin

YB Zaifulbahri..prihatin

YDP, AJK, Ahli-ahli PRESSTiJ dan seluruh Alumni SMSNS/STJ/SMSTJ Kuala Pilah merakamkan ucapan TAHNIAH kepada YB Datuk Zaifulbahri Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Negeri Sembilan; pelajar STJ Kuala Pilah Batch 1984 yang dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-65, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, pada Isnin 14 Januari, 2013.
Sumber: http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/735terimaanugerah/mobile/mArticle

Lagu SMSTJ Maju Sempurna

Tersergam Indah Di Pinggir Desa

Sekolah Tuanku Ja’afar Tercinta

Harum Namamu Sentiasa Dipuja

Lahirkan Insan Bertakwa

Para Pendidik Tumpahkan Setia

Turut Segala Bimbingan Mulia

Berdedikasi Beradap Sopan

Membentuk Akhlak Teras Kemajuan

Gigih Berusaha Menimba Ilmu

Majukan Diri Ke Puncak Jaya

Maju Didunia Akhirat Jua

Sempurna Iman dan Cita

Ayuh Bangsaku Mari Bersama

Berpadu Tenaga Seia Sekata

Curahkan Bakti Pada Negara

Maju Sempurna Selamanya

Lagu: Amirullah Ismail
Lirik: M. Yusuf Ghani

20130113-111831.jpg

MEGA GATHERING STJ 83-87 Kamunting Beach resort… Pengkalan Balak..

Oleh Norazimah Nordin

Pengkalan Balak 30 April, 2011: Sungguh teruja sekali masa bangun subuh tuuu… wahh… setelah menunggu 5 bulan dan pelbagai planning yang telah di atur… maka… tiba lah saat yg dinanti…terujaaaa.. over excited laa gamaknyerr…

Hmm… Mr hubby kata.. U bawak keta baik-baik tauu…. papa tunggu kat seremban jerr…
OK laling…

So.. after panaskan masak lomak cili api ayam yang aku dah masak malam tuh… (Yang dah tinggal separuh kerana anak2 dah MERASA dulu…hehe)… kami pun bertolak lah ke Seremban…. (sebelom tu.. sempat gak belikan si OP nyer kerepek ubi dan kerepek pisang kat PASAR TMN UNIVERSITI  buat balasan pasal dia nak bagi Kek Lapis Sarawak and Ikan masin terubuk kat aku…. yesssss….

So.. kami pun mulakan perjalanan dari skudai pada tepat pukul 8.50 pagi… keadaan jalanraya… tak laa sesak sangat.. cuma banyak lori… and bas ekspress… cuti lama laa katakan… semua orang nak berCOTIIII lerrr…

Alhamdulillah sampai di Seremban tepat pukul 11.30 pagi… tak der berentikencing pun anak2 ku… hehe.. diorang tau.. omak eh nak poie reunion.. semua senyap jerr dalam keta…

Terkejut mr Hubby tengok aku dah sampai…. cepat nyerrrr…. tak sempat bibik nak tumbuk cili api.. nak masak gulai udang?????
Alamak…. masak lagik… adusss… hmm.. tak per lah.. okay ajer… bukan payah pun.. campak2 jer.. cili api..kunyit serbuk… serai tumbuk.. santan…. dah siap…. Perrgghhh,… Gulai Udang Galah ..siappp….
And ada lak ketam… Goreng laa…. ada pulak Ikan Jenahak…. Goreng berempah laa pulak…. aduhaiiii… nasib baik ada bibix…. kok tak.. maun pengsan den…. kaki dah laaa lenguh jalan jauh tadi… hmmmmmm….

So.. we all bertolak ke Pengkalan BAlak pukul 2.45 petang.. after gi visit my Mother In Law.. yang sakit di hospital seremban… masih macam tu jugak.. tapi ada proegress laa.. dia dah boleh bercakap sikit2… Alhamdulillah….

Sampai di Pengkalan Balak kul 4.30 petang… susah gak nak carik…. Kemunting Beach Resort tu.. but Ok laa hotelnyerr.. so… private… and ada swimming pool… hehe.. boleh laa anak-anak ku berendam sesuka hatiiii…..

Panass nyerr masa sampai tuuu… lagi2 tepi laut… tapi angin kuat.. best sangat…

first thing… mendaftar… ayo yoo… banyak nyerr nak isik tempat kosong… hehe… tapi its ok.. itu semua untuk masukkan dalam profile Alumni Batch kami…. Sapo nak Buek tu agak eh??.. haha…

Yang ada kat meja pendaftaran… Fazana.. super woman kiter… Big Boss.. Tan Sri Fareed rizal..an d Toh Puan Zafura… (alamak.. Boss.. sampai2 jerr suruh rehersal jadi MC laa pulak…. MR DIGGER kan ada…)..
hmm… tak per ..Layaaannnn… hehe.. Nasib baik dia dah bagi TSHIRT MEGHAH FREEEEEE… haha..
Shukri and Misah pun ada kat situ. Thanx U allszz.. tolong jadi AJK pendaftaran….. Dato’ KEyzal… tak habih2 nak menyakat…Puan Aimy Zaida… BZ dengan anak2 dia… nak mandi pool laa.. nak main pasir laa.. hehe… nak borak dgn dia pun curik2 masa jerr…

to be continued… hehe..

Fundraising Dinner for Sis. Rohayati Harun : Good People, Good Food, Good Times…and a Good Cause.

By Sis. Mar Azleena Omar 80

 If your friend is a true friend then they will come to you for help @D'tasik Restaurant Uniten Bangi

If your friend is a true friend then they will come to you for help @D’tasik Restaurant Uniten Bangi

Bandar Baru Bangi, Dec. 15, 2012: Our SMSNS friends are always very dear to our heart….there is a special relationship or bond that we can’t describe. You can only understand it when you go through it yourself. When you hear one of them suddenly fell seriously ill, you will feel so sad and will try your best to do something to ease their burden.

That is what happened when recently we received news that our friend, Rohayati Harun or Yati suffered from kidney failures. Yati has gone through a medical challenge life since she was Form 2. The latest condition really dampened her mood.
We then immediately decided to raise fund to help her in her medical financial commitment. The objective is to ease her financial burden for the initial months until she decides on her permanent arrangement.  She is incurring RM200 for each dialysis treatment and she needs to do it three times a week. So the monthly total cost is RM2,400. The dialysis cost is not covered under her company’s medical benefits nor her husband’s.
Sis Mar Azleena Omar (R) with Sis Yati to her right at her house in Bandar Baru Bangi with true friends

Sis Mar Azleena Omar (R) with Sis Yati to her right at her house in Bandar Baru Bangi with true friends

We did two initiatives for the fund raising;
1. Special Dinner for her which we’ve arranged for each friend that attended pays RM80. RM30 was for the dinner and RM50 goes to Yati’s Fund. During this event we had around 30 friends from a few batches. We have managed to collect RM2,200 after paying the dinner cost.
2. We have arranged for a bank account for friends that would like to contribute but not able to join the dinner. This bank account is under our Batch Treasurer’s name – Encik Norliza Yusof. This bank account is still open until to-date. We are still inviting friends to continue contributing if they want.
The permanent arrangement she is planning to do is applying for a medical boarded out from her current company and apply for ‘Pencen Ilat’ and medical benefits under SOCSO. As at to-date this is in progress.
We are getting support from other Batches on the fund raising too. We are also getting some other support like SOCSO contact persons……Syukur Alhamdulillah.
As at to-date we have collected a total of RM5,420. We have handed to Yati RM4,820 on 30th December 2012. We will continue to keep the collection open for now and will decide on our next visit to hand over the balance.
"There is a special bond that we can't describe, really.." Alumni PRESSTiJ mostly of SMSNS Batch 1980 at a Fund Raising Dinner at the  D Tasik Restaurant Uniten Bangi recently

“There is a special bond that we can’t describe, really..” Alumni PRESSTiJ mostly of SMSNS Batch 1980 at a Fund Raising Dinner at the D Tasik Restaurant Uniten Bangi recently

 Yati extended her sincere heartfelt thank you to all our friends that has contributed and felt so touched with their supports despite the fact she has not met some of them since school days.
Latest update, Yati will try alternative treatment soon. This is good for her especially when her condition is still new; when her kidney just started to shrink. Let’s doa or pray  for her well-being and improved health condition.

A Night of 1000 Memories- SMSTJ Batch 2012

Oleh Angah Azam Zamri, 1985

Wakil Guru SMSTJ, Cikgu Hashimah memotong kek istimewa, disaksikan oleh wakil-wakil  pelajar 2012 dan wakil alumni PRESSTiJ Sdra Khalid Ibrahim 89

Wakil Guru SMSTJ, Cikgu Hashimah memotong kek istimewa, disaksikan oleh wakil-wakil pelajar 2012 dan wakil alumni PRESSTiJ Sdra Khalid Ibrahim 89

KLIA , 15hb. Disember, 2012:  Bertempat di Ballroom Pan Pacific Hotel, KLIA telah berlangsung majlis makan malam bersempena dengan tamatnya era pembelajaran untuk para pelajar Batch KAMI 0812 di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Dengan bertemakan “A Night of 1000 Memories”, majlis gilang gemilang tersebut telah dihadiri oleh hampir keseluruhan bekas pelajar Tingkatan Lima.

Nazrin dan rakan rakan

Nazrin dan rakan rakan

Walaupun tanpa kelibat pihak pengurusan kanan sekolah, majlis tersebut tetap berseri dengan kehadiran Puan Hashimah selaku Guru Penyelaras Tingkatan Lima 2012, Encik Azizian selaku Guru Kaunseling, Sir Anwar, Cikgu Rozi dan isteri serta tidak lupa kehadiran Cikgu Kamarulzamri.

Penghargaan seikhlas kasih kepada Bro Angah Azam Zamri 85 dari batch 2012

Penghargaan seikhlas kasih kepada Bro Angah Azam Zamri 85 dari batch 2012

Turut mengalu-alukan kemasukan bekas pelajar Tingkatan Lima 2012, ke dalam alumni, Presstij, majlis tambah bermakna dengan kehadiran beberapa bekas pelajar. Ini termasuklah Abang Shaifuddin Thani (77), Dato Baharuddin (1977), Puan Hafazah Hafidz (1984), Puan Nor Fara Ida Nordin (1989) beserta dua orang anak beliau. Turut hadir ialah Saudara Khalid Ibrahim (1989) selaku Setiausaha Presstij serta isteri beliau, Masni Afiza Mohamed, 1995.

Alumni Sis Masni 95 bersama jelitawan 2012

Alumni Sis Masni 95 bersama jelitawan 2012

Saudara Mohd Zamri Zainudin (1985) bertindak sebagai juruacara sepanjang majlis berlangsung.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti oleh ucapan dari beberapa bekas pelajar Tingkatan Lima 2012 termasuklah Ketua Murid, Saudara Nazrin Hakim, Saudara Farouq dan Saudara Nabil.  Turut memberikan ucapan alu-aluan adalah Puan Hashimah selaku Guru Penyelaras dan Saudara Khalid Ibrahim, mewakili Presstij.

The King & Queen of the Nite..Bro Nabil & Sis..

The King & Queen of the Nite..Bro Nabil & Sis..

Di majlis tersebut, Band SOG telah menghiburkan para hadiran dengan persembahan beberapa lagu yang bertenaga dan menghiburkan. Turut diselitkan adalah pertunjukan silap mata dan cabutan bertuah. Penghargaan seharusnya diberikan kepada kesemua bekas pelajar Tingkatan Lima 2012 yang telah mengambil inisiatif kemanusiaan dengan melancarkan kutipan derma “Save GAZA”. Hampir RM2,000 telah berjaya dikumpulkan pada malam tersebut. Sesungguhnya, kesedaran dan kesediaan mereka untuk merasakan denyut nadi kepayahan rakyat Palestin seharusnya mendapat sokongan padu pihak pengurusan kanan sekolah.

Seronok banggeett..

Seronok banggeett..

Paling mengesankan adalah “slide show” tentang perjalanan dan kenangan yang dinukilkan di hari-hari terakhir para pelajar di SMSTJ.

Majlis “A Night of 1000 Memories” berakhir pada pukul 11.00 malam dengan penuh kenangan manis di ingatan bagi setiap bekas pelajar. Perlu sekali bagi pihak jawatan kuasa untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada semua yang telah menjayakan majlis tersebut terutamanya kepada Encik Kamarudin, iaitu ayak kepada Nabil yang telah bertungkus lumus bagi memastikan majlis tersebut berjalan lancar.

Nyanyian beramai-ramai lagu “GEMURUH” menyerlahkan semangat para pelajar untuk menggapai kejayaaan telah mengakhiri majlis makan tersebut.

Truly a Night of 1000 Memories for SMSTJ's Boys and Gals of 2012

Truly a Night of 1000 Memories for SMSTJ’s Boys and Gals of 2012

“A Night of 1000 Memories” tak akan berulang, tetapi kenangan yang dirangkumkan akan memastikan setiap yang hadir pulang dengan sarat kenangan manis. Kepada semua bekas pelajar KAMI 0812, diucapkan Selamat Maju Jaya.

Pohon pandan tumbuhnya rendah

Dikerat-kerat dibuat hantaran

Terpahat sudah kenangan indah

Moga ingatan akan berkekalan

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!