A Night of 1000 Memories- SMSTJ Batch 2012

Oleh Angah Azam Zamri, 1985

Wakil Guru SMSTJ, Cikgu Hashimah memotong kek istimewa, disaksikan oleh wakil-wakil  pelajar 2012 dan wakil alumni PRESSTiJ Sdra Khalid Ibrahim 89

Wakil Guru SMSTJ, Cikgu Hashimah memotong kek istimewa, disaksikan oleh wakil-wakil pelajar 2012 dan wakil alumni PRESSTiJ Sdra Khalid Ibrahim 89

KLIA , 15hb. Disember, 2012:  Bertempat di Ballroom Pan Pacific Hotel, KLIA telah berlangsung majlis makan malam bersempena dengan tamatnya era pembelajaran untuk para pelajar Batch KAMI 0812 di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Dengan bertemakan “A Night of 1000 Memories”, majlis gilang gemilang tersebut telah dihadiri oleh hampir keseluruhan bekas pelajar Tingkatan Lima.

Nazrin dan rakan rakan

Nazrin dan rakan rakan

Walaupun tanpa kelibat pihak pengurusan kanan sekolah, majlis tersebut tetap berseri dengan kehadiran Puan Hashimah selaku Guru Penyelaras Tingkatan Lima 2012, Encik Azizian selaku Guru Kaunseling, Sir Anwar, Cikgu Rozi dan isteri serta tidak lupa kehadiran Cikgu Kamarulzamri.

Penghargaan seikhlas kasih kepada Bro Angah Azam Zamri 85 dari batch 2012

Penghargaan seikhlas kasih kepada Bro Angah Azam Zamri 85 dari batch 2012

Turut mengalu-alukan kemasukan bekas pelajar Tingkatan Lima 2012, ke dalam alumni, Presstij, majlis tambah bermakna dengan kehadiran beberapa bekas pelajar. Ini termasuklah Abang Shaifuddin Thani (77), Dato Baharuddin (1977), Puan Hafazah Hafidz (1984), Puan Nor Fara Ida Nordin (1989) beserta dua orang anak beliau. Turut hadir ialah Saudara Khalid Ibrahim (1989) selaku Setiausaha Presstij serta isteri beliau, Masni Afiza Mohamed, 1995.

Alumni Sis Masni 95 bersama jelitawan 2012

Alumni Sis Masni 95 bersama jelitawan 2012

Saudara Mohd Zamri Zainudin (1985) bertindak sebagai juruacara sepanjang majlis berlangsung.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti oleh ucapan dari beberapa bekas pelajar Tingkatan Lima 2012 termasuklah Ketua Murid, Saudara Nazrin Hakim, Saudara Farouq dan Saudara Nabil.  Turut memberikan ucapan alu-aluan adalah Puan Hashimah selaku Guru Penyelaras dan Saudara Khalid Ibrahim, mewakili Presstij.

The King & Queen of the Nite..Bro Nabil & Sis..

The King & Queen of the Nite..Bro Nabil & Sis..

Di majlis tersebut, Band SOG telah menghiburkan para hadiran dengan persembahan beberapa lagu yang bertenaga dan menghiburkan. Turut diselitkan adalah pertunjukan silap mata dan cabutan bertuah. Penghargaan seharusnya diberikan kepada kesemua bekas pelajar Tingkatan Lima 2012 yang telah mengambil inisiatif kemanusiaan dengan melancarkan kutipan derma “Save GAZA”. Hampir RM2,000 telah berjaya dikumpulkan pada malam tersebut. Sesungguhnya, kesedaran dan kesediaan mereka untuk merasakan denyut nadi kepayahan rakyat Palestin seharusnya mendapat sokongan padu pihak pengurusan kanan sekolah.

Seronok banggeett..

Seronok banggeett..

Paling mengesankan adalah “slide show” tentang perjalanan dan kenangan yang dinukilkan di hari-hari terakhir para pelajar di SMSTJ.

Majlis “A Night of 1000 Memories” berakhir pada pukul 11.00 malam dengan penuh kenangan manis di ingatan bagi setiap bekas pelajar. Perlu sekali bagi pihak jawatan kuasa untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada semua yang telah menjayakan majlis tersebut terutamanya kepada Encik Kamarudin, iaitu ayak kepada Nabil yang telah bertungkus lumus bagi memastikan majlis tersebut berjalan lancar.

Nyanyian beramai-ramai lagu “GEMURUH” menyerlahkan semangat para pelajar untuk menggapai kejayaaan telah mengakhiri majlis makan tersebut.

Truly a Night of 1000 Memories for SMSTJ's Boys and Gals of 2012

Truly a Night of 1000 Memories for SMSTJ’s Boys and Gals of 2012

“A Night of 1000 Memories” tak akan berulang, tetapi kenangan yang dirangkumkan akan memastikan setiap yang hadir pulang dengan sarat kenangan manis. Kepada semua bekas pelajar KAMI 0812, diucapkan Selamat Maju Jaya.

Pohon pandan tumbuhnya rendah

Dikerat-kerat dibuat hantaran

Terpahat sudah kenangan indah

Moga ingatan akan berkekalan

Advertisements

One response

  1. danial ibnu zuber | Reply

    great!:D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

%d bloggers like this: