Monthly Archives: February, 2013

Ucapan Takziah Buat Keluarga Arwah Onn Mansoor 1979

Takziah diucapkan buat keluarga arwah Onn Mansoor di atas pemergian beliau ke rahmatullah pada tengah hari 18 Februari, 2013. Arwah yang merupakan alumni SMSNS 1979 dan berkhidmat dengan Jbtn Kastam DiRaja Malaysia Johor telah menghembus nafas terakhir di Hosp. Sultan Ismail JB.

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini.
AJK, Ahli PRESSTiJ dan seluruh alumni SMSNS/STJ/SMSTJ mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Sebarang sumbangan bagi meringankan beban keluarga arwah boleh disalurkan melalui nombor akaun wakil Batch 1979 Bro Mohd Yunus b Abdul Rahman 151191383196 (Maybank). Terima kasih.

Sekretariat PRESSTiJ

20130218-220202.jpg

Family Day SMSTJ Batch 2009 @ LEADS 0509 – Teruja…sejuta kenangan indah

Oleh Farhan Miqdad
9 Februari, 2013 Port Dickson–  Seramai lebih kurang 30 orang daripada ahli LEADS telah meluangkan masa untuk tampil menyertai Hari Keluarga 2.0 pada tahun ini yang bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 9 dan 10 Februari lalu. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli LEADS yang kini menyambung pelajaran ke seluruh Negara dan juga luar Negara.  Selain itu, telah dimaklumkan bahawa perjumpaan kali ini dicatatkan sebagai Perjumpaan Rasmi kali pertama dalam persatuan LEADS dan kehadiran telah dicatatkan oleh saudara Sabiq Hisham selaku Setiausaha LEADS.
563203_568983029792803_2015783672_n
        Perjalanan berjalan lancar dengan konvoi sebanyak 8 kereta yang masing-masing bermula dari Bahau, Kuala Pilah, Seremban dan akhirnya ke Port Dickson.  Selesai sahaja menikmati keindahan laut dan permandangan dari apartment, aktiviti pertama dimulakan. Konvoi kereta menuju destinasi ke Teluk Kemang dan seramai 10 orang telah mengambil kesempatan bermain Banana Boat yang disediakan di situ manakala yang lain kusyuk bergambar keliling pantai. Pengalaman bagi yang pertama kali menaiki Kapal Pisang sangat menerujakan dan kami tak berhenti ketawa sepanjang perjalanan mengharungi ombak tengah laut. Seperti biasa, presiden kami iaitu Farhan Miqdad berperangai tak ubah seperti kera mendapat bunga. Habis terhuyung-hayang dibuatnya bot itu. Saat-saat indah telah dirakamkan dalam bentuk jpg oleh photographer terkenal di kalangan LEADS iaitu saudara Nur Muhammad Naqiuddin. 3 kali jatuh dan satu jatuhnya di tengah laut yang sangat dalam. Hanya mengharapkan jaket keselamatan untuk terus hidup bagi insan yang tak tahu berenang. Pengalaman yang sangat mosha katanya!! Whoa.
 25957_10200644196407765_946289785_n
 Acara seterusnya pula adalah makan malam bersama. Meja yang sangat panjang dicantumkan membuatkan kami beraksi penuh teruja dan membicarakan tentang perkara-perkara lagha gaya seperti setahun berpisah adik-beradik. Tak dilupa juga, Muhammad Qiu sarat mengambil gambar para jejaka dan gadis cantik hingga satu pon gambar beliau tak sempat diambil. Punya bertanggungjawapnya beliau menjadi photografer.
 582816_10200644457574294_512066408_n
 Selesai sahaja makan dan kenyang, aktiviti seterusnya pula adalah mensyuarat agong yang diadakan di apartment para teruna dengan pintu terbuka dan kesemuanya menutup aurat. Atas dasar ketidakadaan tempat yang sesuai untuk membuat mensyuarat, AJK terpaksa membuat keputusan drastik untuk menentukan tempat perjumpaan.  Mensyuarat kali ini telah membincangkan tentang penubuhan LEADS dan usul-usul yang diketengahkan. Pelantikan Majlis Tertinggi dan AJK LEADS juga dibuat pada malam perjumpaan rasmi yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Persatuan LEADS @ presiden iaitu saudara Farhan Miqdad. AJK bagi setiap negeri telah dilantik untuk memastikan kebajikan LEADS dijaga dan sama-sama meluangkan masa bagi memantapkan lagi ukhwah lantas LEADS akan terus berbakti pada agama, Negara dan masyarakat. Walaupon nampak tiada kaitan, saya pasti lambat laut ianya berkait juga.
 528465_10200644455814250_113026794_n
 Selesai mensyuarat, permainan pertama dimulakan iaitu Twister Game. Cara bermain ialah seorang hakim perlu memutarkan satu kertas dan memberi arahan pada semua peserta. Lantak engkoranglah nak letak kaki dan tangan macammana janji arahan hakim dituruti. Permainan tamat pada pukul 1.30 pagi dan diteruskan dengan pop kuiz Meneka Hari Lahir ahli batch. Sangat mencabar betul bagi yang kurang ingatan ini. Hadiah bagi 5 orang yang hebat dan tepat meneka adalah dengan kupon  sarapan di hotel Glory Beach Resort pada keesokan harinya. Hebat! Antara yang diberi hidayah untuk mengingati birthday ahli LEADS lain adalah saudara Bedul, saudari Ummi, saudari Nisak, saudari Fazidah Jonet dan juga saudari Julies. Nampaknya wanita punya memori yang bersih dan kukuh. Seterusnya masing-masing beradu dengan style sendiri. Dengan ekon yang sangat syahdu membuatkan masing-masing lena dan meringkuk kesejukan.
   Acara pagi dimulakan dengan bismilah. Teruna LEADS memulakan hari dengan mandi di kolam renang resort. Kemain taw! Manakala para gadis sibuk menyiapkan diri untuk bersarapan. Aktiviti seterusnya adalah sukaneka. Bertempat di Batu 4, masing-masing sakan menyuntumkan senyuman dan ketawa yang terbahak-bahak. Kesemua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Team  dan Team B. Antara aktivitinya ialah laga belon, pingpong ring, bola pelikat, pingpong chopstik, roti sempurna, telur terbang dan water t-shirt. Paling mengundang kegampangan ialah main telor terbang. Permainan tu daah okay dah. Jadi tak okay bila lepas main, telurnya diterbangkan ke kepala-kepala yang bertarget. Maka busuklah insan-insan yang terkena telur di kepalanya.
   Selesai game yang terakhir iaitu water t-shirt, masing-masing sakan bergambar!

404489_10200644761381889_1503830110_n

556153_10200644758421815_659591214_n
  Tepat jam 11.45, masing-masing beransur ke apartment untuk check out. Dalam pukul 12.30 semua kereta telah bersedia untuk ke kedai makan yang merupakan singgahan LEADS yang terakhir. Meskipun pada awalnya meja tidak dicantumkan #ada 2 atau 3 meja yang tak bercantum, tetapi atas dasar setia kawan dan semangat, kami menunggu meja berhampiran untuk dikosongkan dan dicantumkan hingga 7 buah meja panjang. Itu semangat yang tidak boleh hilang dalam diri setiap LEADS.
 Pada jam 2 petang, konvoi bergerak ke seremban dan berhenti di Aeon Jusco Seremban untuk sembahyang zohor dan lakukan beberapa aktiviti bermoral seperti main bowling dan lepak di kerusi urut. LEADS beransur-ansur pulang dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir. Kecuali seorang, presiden kita yang nampak di air mukanya satu perasaan yang tidak senang. Bila ditanya, rupanya beliau sedih untuk membenarkan LEADS pergi untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Bagi beliau, biarlah LEADS terus begitu bersuka ria bersama. Tapi kenyataannya, LEADS perlu teruskan pengajian yang tak habis dan kembali ke dunia nyata.
   Semoga Family Day kali ni dapat memberi sejuta kenangan indah pada semua ahli LEADS dan harapan photografer rasmi kita, saudara Naqiuddin semoga family day seterusnya dapat hadir dengan suami/isteri tercinta serta anak-anak. Semoga ukhwah semakin rapat dan sayang LEADS ketat-ketat katanya. Saya bagi pihak bukan AJK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada barisan AJK LEADS – Sabiq Hisham, Khairunnizam Sarjat, Aman Bohari, Asnida Aziz dan Farhan Miqdad yang bertukus-lumus menjayakan aktiviti yang dirancang dan menyediakan penginapan. Pengorbanan anda sangat-sangat tinggi. Tak lupa LEADS yang hadir, terima kasih memeriahkan family day kali ni. Semoga family day akan datang lebih ramai yang dapat bersama.

P/S : Gambar dikreditkan untuk photographers kita, saudara Naqiuddin, Saudara Kicap dan Saudari Jiejie. Berbilion gambar lagi boleh dilihat dari facebook mereka. =)

 P/S : Kita diibaratkan seperti satu family yang besar. Suka duka bersama, insyaAllah sampai mati =)

Bowling PRESSTiJ Inter-Batch Challenge 2013

Are you ready!!!?? Let's bowl..and cherish the friendships

Are you ready!!!?? Let’s bowl..and cherish the friendships

Muat turun Borang Penyertaan > Borang Bowling PRESSTiJ

20130220-084745.jpg

With Sympathy

The late Claudia Theophilus  (standing in the middle row, 5th from the left) with her Form Five Bohr 1988 classmates, Sekolah Tuanku Jaafar Kuala Pilah

The late Claudia Theophilus (standing in the middle row, 5th from the left) with her Form Five Bohr 1988 classmates, Sekolah Tuanku Jaafar Kuala Pilah

The Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah Alumni Association (PRESSTiJ) and SMSTJ alumni would like to extend our deepest sympathy to Claudia Theophilus families. Claudia, 42, went to STJ Kuala Pilah from 1984 till 1988. Claudia was a producer with Al-Jazeera English Online. Many of her close friends have very fond memories of growing up with Claudia at STJ Kuala Pilah. She was a best friend to many. Claudia was always good to her batch mates and other STJrians, juniors and seniors,as well as all her teachers. Her kindness meant a lot to us. We hope that her family will have the strength to bear this grievous loss.

With Sympathy,

Dato Ir Md Nasir Ibrahim

YDP PRESSTiJ

Link : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/4/nation/12667908&sec=nation

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!