Monthly Archives: March, 2013

PRESSTiJ Panel Forum Kebangsaan Anjuran Kementerian Pelajaran

YDP PRESSTiJ Dato' Ir Nasir (tengah) bersama ahli-ahli  panel

YDP PRESSTiJ Dato’ Ir Nasir (tengah) bersama ahli-ahli panel

Kuala Lumpur, 24 Feb. 2013– PRESSTiJ telah diberi penghormatan sebagai panel di Forum sempena Majlis Pelancaran Sarana @ Tookit Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025) Peringkat Kebangsaan .

Forum disertai NGO dan ahli panel terdiri dari wakil-wakil Persatuan Alumni iaitu PRESSTiJ, MCOBA, STAROBA, SEMESTA dan SMJK Hwa Lian Mentakab telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah berlangsung di KL Convention Centre.

PRESSTiJ diwakili oleh YDP Dato’ Ir Nasir Ibrahim. Seramai 200 peserta dikalangan pengetua, guru-guru dan wakil-wakil NGOs telah memenuhi dewan KLCC. Pelancaran majlis oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, DS Muhyiddin Yassin.

Dato' Ir Nasir berkongsi pencapaian PRESSTiJ..

Dato’ Ir Nasir berkongsi pencapaian PRESSTiJ..

Advertisements

PRESSTiJ Interbatch Bowling 2013

 

Bowling 2013 9Bowling Batch 80 JuaraBowling 2013 1Bowling 2013 4Bowling 2013 2Bowling 2013 5Bowling 2013 6Bowling 2013 7Bowling 2013 8Bowling 2013Results BowlingResults Bowling2Results Bowling3Hadiah Bowling

Hoki SMSTJ Juara Daerah Kuala Pilah

Oleh Abdul Rahman Yaakub (STJ88)

Kuala Pilah, 22 Mac 2013– Pasukan hoki lelaki bawah 18 SMSTJ berjaya menjuarai kejohanan hoki daerah Kuala Pilah setelah menewaskan Sekolah Sukan Zaaba. Manakala pasukan perempuan bawah 18 menjadi naib johan setelah kalah tipis di tangan pasukan lawan yang sama iaitu Sekolah Sukan Zaaba. Syabas diucapkan!

Juara Hoki Daerah Kuala Pilah 2013- SMSTJ Bawah 18

Juara Hoki Daerah Kuala Pilah 2013- SMSTJ Bawah 18

PRESSTIJ Di Puncak Kinabalu

Bro Kamal Bashah Bahrin @ Mike di Puncak Kinabalu

Bro Kamal Bashah Bahrin @ Mike di Puncak Kinabalu

Kota Kinabalu, 22 Mac 2013– Bro Kamal Bashah Bahrin atau lebih dikenali sebagai Mike, alumni SMSTJ Batch tahun 1989 melakar sejarah bagi diri beliau apabila berjaya menawan puncak tertinggi di Malaysia dan kelima di Asia Tenggara , Gunung Kinabalu. Beliau bersama rakan rakan telah giat berlatih berbulan-bulan bagi menjayakan misi mereka. Beliau sempat mengibarkan playcard PRESSTiJ dan Friends of Y ( NGO sokongan pesakit kanser) di puncak Kinabalu sebagai usaha beliau memberikan sokongan kepada alumni, SMSTJ dan sahabat beliau Sis Wahida Mohamed (STJ 89) yang sedang berjuang menghadapi barah payudara.

PRESSTiJ merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Bro Mike. Semoga Mike akan terus maju jaya dalam bidang yang beliau minati ini, iaitu menikmati keindahan ciptaan Tuhan Yang Esa.

Kinabalu Menggamit Para Pendaki dan Pencipta Alam Semulajadi

Kinabalu Menggamit Para Pendaki dan Pencipta Alam Semulajadi

Nota :Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu (Sumber : Wikipedia)

Pelajar SMSTJ doktor pertama masyarakat Orang Asli di NS

Amri Dahdi (tengah) beramah mesra bersama kanak-kanak di kampungnya ketika ditemui di kampung  Orang Asli Batu Peti dekat Rompin, hari ini.GAMBAR/PEMBERITA: SAJIDA ASARULAH KHAN (UTUSAN)

Amri Dahdi (tengah) beramah mesra bersama kanak-kanak di kampungnya ketika ditemui di kampung Orang Asli Batu Peti dekat Rompin, hari ini.
GAMBAR/PEMBERITA: SAJIDA ASARULAH KHAN (UTUSAN)

JEMPOL 5 Mac – Tidak ada yang lebih menggembirakan buat seorang anak masyarakat Orang Asli dari Kampung Batu Peti dekat sini, apabila cita-citanya untuk bergelar seorang doktor akhirnya tercapai.

Amri Dahdi, 27, merupakan seorang doktor yang pertama untuk masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Ayahnya, Dahdi Kooh, 67, ialah Tok Batin di kampung tersebut manakala ibunya, Leha Pakpot, 67, mengambil upah menganyam rotan.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus Cheras itu memberitahu, ketika zaman kanak-kanak dia bercita-cita menjadi doktor haiwan namun mula berubah ketika meningkat remaja.

“Saya fikir jika menjadi seorang doktor saya boleh menjaga keluarga dengan baik. Sebagai seorang anak, saya ingin membalas jasa ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan saya.

“Ketika saya bersekolah, ibu terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer dari rumah ke jalan utama untuk menghantar saya menaiki bas. Tengah hari pula, ibu akan datang dan tunggu di simpang utama, walaupun terpaksa berjalan jauh ibu tidak pernah mengeluh kerana mahu anaknya selamat,” jelasnya.

Anak bongsu daripada sembilan beradik itu memulakan tugas sebagai doktor pada 2010 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan kini bertugas di Hospital Jempol sejak sembilan bulan lalu.

“Saya tidak pernah malu untuk memberitahu saya adalah anak Orang Asli, malah bangga dengan status itu. Saya gembira apabila ada pihak yang tahu bahawa anak Orang Asli juga boleh berjaya malah ramai adik-beradik yang bertugas di luar kampung kami.

“Tiga kakak saya merupakan guru, seorang kakak anggota polis serta ada abang saya yang menjadi pensyarah dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Jika mahu diimbas kembali, memang banyak kenangan dulu, malah saya pernah rasa kekok ketika mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rompin. Saya tidak pernah berpeluang untuk ke tadika dan terus ke darjah satu,” katanya yang berasal dari suku kaum Semelai.

Amri turut memberitahu, dia mempunyai impian untuk membuka sebuah klinik sendiri di kawasan Jempol dan akan memberi keistimewaan kepada orang kampungnya.

“Ini merupakan antara perancangan jangka masa panjang saya. Jika saya berjaya membuka klinik ini, saya akan memberikan harga istimewa buat masyarakat Orang Asli.

“Saya berharap anak-anak Orang Asli menggunakan kemudahan yang ada pada hari ini untuk menuntut ilmu. Buktikan kepada orang luar bahawa kita juga boleh berjaya dan mampu mengubah nasib keluarga,” tegasnya.

Friends of Y di PRESSTIJ Interbatch Bowling 2013

Suasana ceria di Interbatch Bowling PRESSTiJ 2013

Suasana ceria di Interbatch Bowling PRESSTiJ 2013

Alamanda, 2 Mac 2013- Friends of Y , kumpulan sokongan sukarela bagi Sis Wahida Mohamed atau Y, STJ 1989, yang cekal melawan barah payudara berada di Alamanda Putrajaya bagi membuat promosi sempena Pertandingan Bowling Interbatch anjuran Biro Sukan Presstij. FOY terdiri dari alumni STJ dan sukarelawan lain yang ingin memberikan sokongan kepada Y dan para pesakit barah.

Saksikan usaha mereka melalui video >> http://www.youtube.com/watch?v=lAZxwwYLYQU

Cabaran Kibar Bendera Presstij di Puncak Kilimanjaro Tanzania 2013

Puncak Ke 4 Tinggi di dunia, Gunung Kilimanjaro Tanzania

Puncak Ke 4 Tinggi di dunia, Gunung Kilimanjaro Tanzania

Seremban , 01 Mac, 2013- Bro Saiful Adly Abd Wahab STJ95 telah terpilih mewakili kontinjen SUKNS menawan puncak Gunung Kilimanjaro 19,308ft, Tanzania. Tahniah diucapkan pd beliau. Bro Saiful @ Togok juga telah bersetuju dgn PRESSTiJ utk mengibarkan bendera Presstij di puncak ke 4 tertinggi di dunia pada XPDC 10/6-24/6 ini. YDP dan AJK amat menghargai sumbangan Bro Togok ini. Semoga brand Presstij akan lebih tersohor lagi. >>http://en.m.wikipedia.org/wiki/Mount_Kilimanjaro.

Berikut adalah sebahagian kata-kata peransang dari ahli PRESSTiJ buat Bro Saiful:

1.Rahman Yaakub Hebat kau jang…bendero pun lawa tu..jgn lupo bawak poi kalimajaro tu. Tahniah

2.

Kamal Bashah Congrats bro. Abg baghu nk naik Kinabalu mggu dopan, ko dah nk naik Kilimanjaro. Jgn lupo share experience yo. Mano tau kok sok tedayo plak abg nk poie Kilimanjaro.

3.

Nurul Atifah Great!!!!!! Super duper jealous. All the best!
4.

Mohammad Abu Samah Alhamdulillah…..ada jugak yg mengikut jejak langkah Allahyarham Zaidi Bidin (83-87) yg semasa hidupnya begitu aktif mendaki gunung diseantero pelusuk dunia dan akhirnya menjawab panggilan mengadap Illahi semasa mendaki gunung juga. Didoakan Bro Togok berjaya hendakNya….Tahniah kerana terpilih….
5.

Zalina Ismail Akak doakan adik Shaiful di lindungi Allah dri mala petaka dan beroleh kejayaan dgn selamat..Ameen.. Go go
6.Hasan Fahmi Togok..!! Glory glory STJ..!
Bro Saiful Adly Abdul Wahab di cabaran Larian Gunung Berembun Terengganu 2013

Bro Saiful Adly Abdul Wahab di cabaran Larian Gunung Berembun Terengganu Mac 2013

 

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!