Monthly Archives: December, 2013

Majlis Tahlil Dan Jamuan Makan Tengahari Batch D’Legend 87

 Oleh Semat Abdul Rahman

Kuala Lumpur, 25 Disember 2013: Majlis Tahlil Dan Jamuan Makan Tengahari Batch D’Legend 87 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 hb Disember 2013 bertempat di M2 Cafe, Danau Kota, Setapak. 

Majlis ini yang pada asalnya bertujuan untuk mengeratkan Silaturrahim bagi rakan-rakan 87 telah dilengkapkan dengan Majlis Tahlil bagi mendoakan rakan kami yang telah pergi menemui PenciptaNya iaitu Allahyarhamah  Norhaiza Abu Bakar pada 21 Disember 2013 yang lalu.Termasuk juga bagi mendoakan  rakan-rakan kami Allahyarham Shahril Mat Arop dan Allahyarham Zaidi Bidin yang lebih awal meninggalkan kita. Al-Fatihah 

Majlis bermula pada pukul  11:30 pagi diketuai oleh Ustad Rohailie dan turut hadir juga abang Senior 
yang kita sayangi Abang Azizee. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil, sesi Tazkirah dan Soal Jawab bersama Ustad, diikuti Solat Dzuhor berjemaah. 

Di antara rakan-rakan D’Legend 87 yang turut hadir ialah Timbalan YDP Presstij, Saudara Fareed Reezal, Datuk Ismail Ramli, Semat Rahman, Kayzal Kadir, Haris Azman, Amir Majid, Azlin Nizam, Hj Irwan Ismet, Riyad Mohd, Shukri Idris, Zulkifli Hashim dan juga rakan-rakan gegurls kami, Norazimah Nordin, Fazana Razali, Siti Noramisah, Maizurah, Norhashimi, Ungku Nor, Fazana Razali,  Rosilawati, Puteri Aina dan ada juga yang membawa keluarga masing-masing. 

Terima kasih diucapkan kepada penganjur, semoga usaha murni anda ini dirahmati All ah s.w.t.

Advertisements
Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!