Monthly Archives: August, 2015

PRESSTiJ Kagumi Program Reunion 30 Tahun Batch STJ 81-85

8185 reunion 30 tahun 2015

Oleh Suhaimi Mohamad 85

Port Dickson, 22 Ogos 2015: 30-Year Get2Gether Legacy STJ8185 (30G2G) dengan slogan Rekindling Kinship adalah majlis meraikan 30 tahun ukhwah ‘batch 85’ selepas meninggalkan alam persekolahan STJ yang penuh dengan cerita suka duka pahit maung berada di Kg Gontam Kuala Pilah selama 5 tahun. Majlis 30G2G ini telah diadakan pada 22-23 Ogos 2015 di Puteri Beach Resort, Port Dickson.
Majlis ini juga bertujuan untuk mengerat silaturahim yang telah sedia terjalin di samping sebagai ruang untuk bertemu sahabat lama, ada tidak pernah ditemui sejak 30 tahun yang lalu….yang pasti “happening…. bro/sis.”
Kehadiran seramai 65 orang termasuk daripada Sabah dan Sarawak sudah cukup untuk “menghoghukkan” Puteri Ballroom, Puteri Beach Resort. Ramai yang hadir solo maklumlah hendak berbual panjang dengan kawan-kawan lama, kalau bawa pasangan mungkin pasangan akan kurang selesa katanya…(alasan je tu….hahhahah). Majlis berjalan secara santai untuk kawan-kawan berbual bertanya khabar dan gelak ketawa mengimbau kenangan kisah 30 tahun yang lalu semasa berada di SMSNS (seketika sahaja) sebelum ditukar kepada STJ. Indoor Games, X-Change of Gifts, Lucky Draw dan Juara Karaoke Legacy antara program yang dijalankan sepanjang majlis ini.
Satu program Tazkirah juga telah diadakan yang disampaikan oleh Saudara Sheikh Haji Zuriman Haji Abdul Karim. Yang menariknya Sheikh Zuriman juga adalah sebahagian daripada kami batch 85. Ianya amat bermakna dan bermanfaat sebagai peringatan kepada kami semua….5 series coming soon….
Bual panjang bersambung ke Teh Tarik Session di kedai mamak berhadapan Politeknik PD sehingga pukul 1.00 pagi. Hairan anak-anak pelajar Poly tengok pakcik dan makcik ramai-ramai ngeteh tengah malam sambil disusuli gelak ketawa…..(serius…satu pengalaman yang mungkin tidak dapat diulangi lagi)
Pada pagi 23 Ogos satu perlawanan Volleyball yang sepatutnya Inter-Class telah dijalankan di Pantai Puteri Beach Resort. . Disebabkan kurang penyertaan (maklumlah dah tak larat) terpaksa di tukar daripada Inter-Class kepada antara pasukan yang di undi pada pagi itu. Perlawanan berlangsung dengan hebat; ada yang tersembam dan terduduk untuk menyelamatkan bola tetapi demi semangat semuanya alah bisa tegal biasa.
Majlis 30G2G selesai sepenuhnya pada jam 11 pagi dan bersurai ke destinasi masing-masing.
Semoga persahabatan dan silaturahim sahabat Legacy 8185 akan terus berkekalan . Kami juga berdoa moga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik dan merahmati seluruh keluarga besar Legacy STJ8185……….In Sha Allah.

Advertisements

PRESSTiJ di Majlis Khatam Al Quran dan iftar Ramadhan SMSTJ 2015

iftarpresstij2015

Kuala Pilah, 9 Julai 2015: Presstij telah selamat menyerahkan SUMBANGAN ANAK2 YATIM DAN MISKIN SMSTJ pada 9hb Julai 2015 di Majlis Khatam Al Quran dan iftar Ramadhan SMSTJ.
Semoga sumbangan dari bro & sis alumni Presstij dapat memberi sedikit keriangan kepada adik2 di Syawal yg menjelang tiba, yg jua jelas terlihat ketika menerima sumbangan semalam.
Terima kasih kepada rombongan Presstij bertemakan “biru sedia membantu” yg terdiri daripada YDP, Ajk Presstij, ibubapa angkat anak2 yatim dan alumni yg sudi meluangkan masa menjayakan majlis ini.
Sekali lagi, terima kasih bnyk2 kepada alumni terutamanya ajk dan wakil batch yg tak serik2 berkempen dan seterusnya kepada alumni yg sudi menyumbang ke tabung kebajikan anak2 yatim dan miskin ini.
Semoga Allah memandang usaha kita ini.
Aamiiin.

Masnira Nordin
BIRO KEBAJIKAN PRESSTIJ

iftarpresstij2015-2
iftarpresstij2015-5
iftarpresstij2015-4
iftarpresstij2015-3

PRESSTiJ Kibar Jalur Gemilang Merdeka 2015 di Puncak Broga

PRESSTiJ Santai Merdeka : Broga 2.0

Broga, 30 Aug.- We gathered at the Broga hillside at around 7 in the morning and waited for the arrival of Dato’ IR Nasir together with his family. Before climbing, we warmed up and carried light exercises led by one of the alumni, a ‘Ketua Belia Tampin’. Most of the alumni wore T-shirts of respective batches, some wore STJ ’98, some wore STJ ’85 and such. They were enthusiastic, especially when most of them brought families, and they wore STJ T-shirts too! We started climbing at around 7.30.
We were supportive of each other and shouted encouragements when someone was exhausted, or when one needed help. This annual gathering was seen as some kind of a catalyst to bond all alumni and create network, where it is very important nowadays. Our stamina were challenged and proved to be a great climb for we showed values of what an STJ student should have; valor, teamwork and brotherhood.
After 30 minutes of climbing, we finally made it to the top. It was spectacular, with the view of Semenyih revealed by the morning sun. Most of the alumni who got there first were the younger alumni, obviously. Even though the older alumni were quite challenged, they proved that they were still young inside by making it to the top. Old, but gold.
The alumni across generations, be it young or old, got to know each other and talked about almost anything. They took pictures, shook hands and exchanged phone numbers. It was quite extraordinary how generations transcend and was not an issue.
After resting for quite some time, we climbed downhill and this time, it took them much faster. Right after we got to hillside, we gathered and dined on ‘Nasi Lemak Ayam Kari’, prepared by one of the alumni’s family. We finished everything at around 11115. All of us started to scurry out and one by one, the alumni went back home.
It is hoped that this kind of gathering be held again for many years ahead. More are expected to join and hopefully next time, we can take on bigger hills and mountains. Everest, perhaps?

by Nur Hidayah Zainuddin 2012

image

Photo by Amzari Akmar 95

image

Photo by Amzari Akmar 95

11903827_10204908092765678_2174103714437174460_n

image

image

image

image

image

image

image

Kriket Alumni PRESSTiJ Juarai Kejohanan BDB-ASSAK Cricket Challenge 2015

kriket4
BANDAR KINRARA, 3 Ogos 2015: Allstar PRESSTiJ Cricket Team (Apact) telah berjaya menjadi juara bagi Kejohanan BDB-ASSAK Cricket Challenge 2015 dengan menewaskan SMS SULTAN ADBUL HALIM (JENAN). Tetapi kejayaan pasukan APaCT bukan setakat menjadi juara edisi 2015 ini sahaja, pemain APaCT berjaya merangkul beberapa anugerah untuk edisi 2015 ini.
Ketua pasukan APaCT, saudara Mat Jimie Ali berjaya merangkul dua anugerah iaitu Man of The Final dan Best Captain of The Tournament.
Ayam tambatan pasukan APaCT, saudara Anak Nogori Warih Den berjaya merangkul dua anugerah iaitu Best Bowler dan Man of The Tournament.
Pasukan APaCT mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja yang banyak membantu dalam menjayakan pasukan APaCT.
1) Technofit
2) Datuk Ismail Ramli
3) PRESSTiJ
Tidak dilupakan, APaCT mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada YDP dan Timbalan YDP serta Setiausa PRESSTiJ kerana sudi meluangkan masa memberi sokongan kepada kami.
Diharapkan lebih ramai ex-cricketers PRESSTiJ yang akan menyertai pasukan APaCT. Find us on PRESSTiJ Cricket Allstars facebook group.

Mohd Syafiq

PRESSTiJ di Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas SBP Peringkat Kebangsaan 2015

11844191_10205819227858674_1838268796_n
Melaka – Pada 10 hingga 13 Ogos 2015 yang lepas telah berlangsungnya Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dengan kerjasama Alumni Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah. Sebanyak 68 buah Sekolah Berasrama Penuh yang telah terlibat dan masing-masing telah menghantar empat orang wakil Murid Projek Khas. Selain itu, sebanyak 15 buah persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh yang telah menyertai Kolokium ini antaranya ialah Alumni Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja’afar (PRESSTiJ), Alumni Sekolah Tun Fatimah (Srikandi), Alumni Sekolah Seri Puteri (Puteri), Alumni Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAROBA), Alumni Sekolah Menengah Sains Johor (SAJOHA), Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS), Alumni Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah (ExSAS), Alumni Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (ASPUTRA), Alumni Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (MOZAC) dan juga Alumni Sekolah Menengah Sains Tunku Abdullah (ASTA).
Program ini antara lain adalah untuk meningkatkan self-esteem murid dari keluarga yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan (PGK) agar mampu dan lebih berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan serta mampu menjadi pemimpin dalam apa jua bidang yang diceburi. Selain itu, objektif program ini dijalankan adalah untuk membina kefahaman dan menghayati peranan dan tanggungjawab sebagai Murid Projek Khas di SBP, membina dan membentuk keperibadian Murid Projek Khas yang cemerlang yang boleh dijadikan model kepada murid lain dan masyarakat SBP serta menanam sifat berterima kasih dalam kalangan Murid Projek Khas terhadap bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan dan pihak-pihak lain seperti guru, PIBG, Alumni dan sebagainya.
Yang diPertua PRESSTiJ, Dato’ Ir. Hj. Md Nasir bin Ibrahim, Naib Yang Dipertua PRESSTiJ, Dato’ Saifullizan bin Osman serta beberapa orang ahli jawatankuasa PRESSTiJ yang lain seperti Dr. Radzi Abu Mansor, saudara Khalid bin Ibrahim, saudara Mohammad Yahya, saudara Saiful Adly dan saudari Nurul Atifah telah turut sama menjayakan sesi “Aspire by Alumni SBP” pada hari kedua program. EXCO MERCY, Encik Ayof dan dua orang staf MERCY Malaysia iaitu Cik Suhailie dan Cik Syuhada beserta sukarelawan, Shafiq dan juga Aizat telah bersama-sama berkongsi ilmu serta pengalaman mereka sepanjang menyertai misi-misi MERCY Malaysia. Ramai murid telah menunjukkan minat dan respon yang positif terhadap aktiviti kesukarelawanan.
Pada sebelah petangnya, kami telah dijemput untuk bersama-sama dengan Murid Projek Khas yang lain untuk menikmati jamuan hi-tea bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Ir. Idris bin Haron di Seri Bendahara – kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka. Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh adik-adik daripada (terlupa nama sekolah)11843999_10205819227978677_295082817_n.
Pihak PRESSTiJ juga sempat bertemu dengan keempat-empat orang pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja’afar yang terlibat dengan program ini iaitu adik Putera Mustaqim bin Mustafa, adik Muhammad Sukriyllah bin Yusri, adik Nurul Huda binti Adnan dan adik Nur Atieqah bt Rahim. Semoga adik-adik ini berjaya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan datang seterusnya menjadi manusia yang berjasa kepada orang sekeliling kelak.

Disediakan oleh,
Nurul Atifah Md Haron
Biro Alumni Muda
PRESSTiJ

11874008_10205819931876274_1569642628_n

11872902_10205817696500391_577192020_n

11857497_10205817693020304_722913269_n
11857633_10205817689820224_49282278_n
11824147_10205817690100231_376150966_n

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!