PRESSTiJ Kagumi Program Reunion 30 Tahun Batch STJ 81-85

8185 reunion 30 tahun 2015

Oleh Suhaimi Mohamad 85

Port Dickson, 22 Ogos 2015: 30-Year Get2Gether Legacy STJ8185 (30G2G) dengan slogan Rekindling Kinship adalah majlis meraikan 30 tahun ukhwah ‘batch 85’ selepas meninggalkan alam persekolahan STJ yang penuh dengan cerita suka duka pahit maung berada di Kg Gontam Kuala Pilah selama 5 tahun. Majlis 30G2G ini telah diadakan pada 22-23 Ogos 2015 di Puteri Beach Resort, Port Dickson.
Majlis ini juga bertujuan untuk mengerat silaturahim yang telah sedia terjalin di samping sebagai ruang untuk bertemu sahabat lama, ada tidak pernah ditemui sejak 30 tahun yang lalu….yang pasti “happening…. bro/sis.”
Kehadiran seramai 65 orang termasuk daripada Sabah dan Sarawak sudah cukup untuk “menghoghukkan” Puteri Ballroom, Puteri Beach Resort. Ramai yang hadir solo maklumlah hendak berbual panjang dengan kawan-kawan lama, kalau bawa pasangan mungkin pasangan akan kurang selesa katanya…(alasan je tu….hahhahah). Majlis berjalan secara santai untuk kawan-kawan berbual bertanya khabar dan gelak ketawa mengimbau kenangan kisah 30 tahun yang lalu semasa berada di SMSNS (seketika sahaja) sebelum ditukar kepada STJ. Indoor Games, X-Change of Gifts, Lucky Draw dan Juara Karaoke Legacy antara program yang dijalankan sepanjang majlis ini.
Satu program Tazkirah juga telah diadakan yang disampaikan oleh Saudara Sheikh Haji Zuriman Haji Abdul Karim. Yang menariknya Sheikh Zuriman juga adalah sebahagian daripada kami batch 85. Ianya amat bermakna dan bermanfaat sebagai peringatan kepada kami semua….5 series coming soon….
Bual panjang bersambung ke Teh Tarik Session di kedai mamak berhadapan Politeknik PD sehingga pukul 1.00 pagi. Hairan anak-anak pelajar Poly tengok pakcik dan makcik ramai-ramai ngeteh tengah malam sambil disusuli gelak ketawa…..(serius…satu pengalaman yang mungkin tidak dapat diulangi lagi)
Pada pagi 23 Ogos satu perlawanan Volleyball yang sepatutnya Inter-Class telah dijalankan di Pantai Puteri Beach Resort. . Disebabkan kurang penyertaan (maklumlah dah tak larat) terpaksa di tukar daripada Inter-Class kepada antara pasukan yang di undi pada pagi itu. Perlawanan berlangsung dengan hebat; ada yang tersembam dan terduduk untuk menyelamatkan bola tetapi demi semangat semuanya alah bisa tegal biasa.
Majlis 30G2G selesai sepenuhnya pada jam 11 pagi dan bersurai ke destinasi masing-masing.
Semoga persahabatan dan silaturahim sahabat Legacy 8185 akan terus berkekalan . Kami juga berdoa moga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik dan merahmati seluruh keluarga besar Legacy STJ8185……….In Sha Allah.

Advertisements

One response

  1. Tahniah semua💖💖💖👍

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

%d bloggers like this: