20 Years Mega Reunion Hitea Batch 1995

image

No matter what happen, we never fail to make each other smiling!

Pada mulanya inisiatif untuk mengadakan reunion ini disuarakan oleh beberapa sahabat lelaki stj95 dalam pertemuan mereka sebelum ia di realisasikan secara lebih serius dengan mewujudkan whatsapp group “Mega Reunion STJ ’95 Elites” Group pada 20 Mei 2015 oleh saudara Khairul Nizam @KN yang terdiri daripada 18 orang ahli yang bertanggungjawab merancang, dan menyatukan idea-idea untuk menjayakan reunion kali ini. Senarai pertama seramai 35 orang yang telah memberi pre-agreement untuk hadir di paparkan oleh saudara nizamudin@gagek. List berkembang sehingga jumlah yang bersetuju menyertai reunion ini seramai 78 orang semuanya.

Lokasi Nilai Spring Resort dipilih kerana ia paling strategik dan berdekatan antara mereka yg majoriti tinggal di kawasan bangi, putrajaya, cheras dan sekitar seremban dan senawang. Walaupun begitu ramai juga sahabat dari negeri lain seperti johor juga sanggup turun untuk bersama menjayakan reunion kali ni.

Selain menguruskan hal jemputan, penyertaan, menu dan sebagainya, apa yang paling penting adalah menjejak semula semua kawan2 lama yang tidak aktif di laman sosial, menghubungi mereka dan mengumpulkan maklumat terkini. Maklumat pekerjaan dan tempat tinggal direkodkan dalam slide yg ditayangkan semasa reunion. Selain itu, usaha juga dibuat untuk mengumpulkan gambar-gambar lama dan dimuatkan dalam memory album atau scrapbook “20 years and still counting”… Tidak lupa juga scrapbook berkenaan turut memuatkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik kami sehingga menjadi insan berguna dan juga ucapan ingatan kepada dua orang alumni batch kami yang telah pergi menemui ilahi.

Semua yang hadir memberikan rasa syukur dan amat berbangga dapat sama-sama menjayakan program ini. Kehadiran Saudari Nurul Azra buat pertama kali di reunion ini dan hampir 20 tahun tidak pernah bertemu dengan kebanyakan daripada rakan2nya merupakan saat yang paling beliau nantikan. Tambahan pula beliau baru sahaja mendirikan rumahtangga dengan saudara Rizuandi Farizan@ican yang merupakan rakan sekelasnya.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran dua orang guru yang paling rapat dan tidak pernah ‘miss’ menghadiri setiap kali reunion batch 95 diadakan. Pada tahun ini kehadiran kedua-dua guru berkenaan iaitu cikgu Zuriyal Hanem dan Cikgu Zuraimah amat dinantikan dan telah berjaya menambahkan keceriaan majlis.

Saudara Firdaus @ Opie yang merupakan Bendahari program mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dan berasa amat bangga pertama kali diberikan tanggungjawab menguruskan program ini dan juga inilah pertama kali beliau turut serta dalam program reunion ini. Beliau berharap lebih banyak acara boleh dilaksanakan pada tahun- tahun akan datang.

Sebagai tanda kenang-kenangan, buku program berkonsepkan buku nota bergambar dan sebuah mug yang dicetak indah dihadiahkan kepada semua yang hadir pada hari berkenaan. Sekalung terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menyumbangkan tenaga dan hadiah-hadiah untuk memeriahkan program ini.

Akhir sekali, hubungan telah terjalin dan berkongsi kisah masing-masing, kami pulang dengan membawa kenangan manis setelah merakamkan gambar di hadapan banner yang telah di reka oleh sahabat kami juga sempena majlis ini. Semoga ukhuwah yang dijalinkan dapat dirapatkan lagi pada tahun-tahun akan datang jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. INSYAALLAH.

-Maju Sempurna dari Batch95

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

%d bloggers like this: