Monthly Archives: August, 2016

Mesyuarat Agung Tahunan PRESSTIJ 2016

7 Ogos 2016

SEMUA AHLI / ALUMNI
PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU JAAFAR KUALA PILAH (PRESSTIJ)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

YBhg Dato’/ YBrs Dr/Tuan/Puan,

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PRESSTIJ 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PRESSTIJ akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh     : 31 Ogos 2016 (Rabu)
Masa      : 2.00 -5.30pm
Tempat   : Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8, WP Putrajaya
Agenda:
i. Ucapan aluan YDP PRESSTIJ
ii. Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat YBhg Dato Roslan b Taha Pemangku KP JKR (batch 1978)
iii. Membentang dan mengesah minit mesyuarat Agung 2014/2015
iv. Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan Presstij 2014-2016
v. Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan berakhir 31/12/ 2015
vi. Membahas dan menerima usul jika ada
vii. Pemilihan AJK PRESSTIJ Tahun 2016-2018
viii. Pemilihan Juruaudit Dalam
ix. Ucapan YDP PRESSTIJ (Baru) Sesi 2016-2018
x. Penangguhan Mesyuarat

3.     Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PRESSTIJ ini . Sebarang usul untuk dibawa ke mesyuarat boleh dikemukakan dan perlu dihantar sebelum atau pada 20 Ogos 2016 ke emel:  mrkhalid247@gmail.com

4.     Untuk makluman,  sila layari http://www.presstij.wordpress.com untuk info terkini dan maklumat selanjutnya.

Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Wassalam,

“MAJU SEMPURNA”

Salam hormat,

KHALID B IBRAHIM
Setiausaha
PRESSTIJ Sesi 2014/2016

b/p

YBHG DATO IR MD NASIR B IBRAHIM
YDP PRESSTIJ

Advertisements
Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!