PRESSTiJ, nama singkatan yang cool bagi Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, dianggotai oleh alumni SMSNS, STJ atau SMSTJ bagi mengeratkan hubungan ukhwah serta silaturrahim sesama alumni, berbakti kepada Sekolah, masyarakat dan negara dengan menganjurkan pelbagai aktiviti sukarela, selaraskan tuntutan Agama.
Blog ini memaparkan berita-berita dan gambar-gambar pelbagai aktiviti PRESSTiJ terutamanya yang bersifat semi formal, santai atau light n easy. Perkara-perkara rasmi PRESSTiJ disiarkan menerusi laman web PRESSTiJ http://www.presstij.org.my
PRESSTiJ sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sumbangan berita, pengumuman aktiviti, cerita atau nukilan dari para alumni, TANPA MENGIRA USIA…SENIORs atau JUNIORs, bagi disiarkan menerusi blog ini. Ini boleh dilakukan dengan mengirim bahan beserta gambar kepada alamat emel presstij.alumni@gmail.com
Maju Sempurna!
Ketua Pengarang
(Nota: Pihak pentadbir blog PRESSTiJ, Biro ICT & Penerbitan, mempunyai hak untuk mengolah bahan serta menentukan kuantiti dan tarikh siaran bahan yang dikirim)