Cendol Kuala Pilah
- Gerai Cendol milik Abu Backer Sitihiq (berhadapan stesen bas di Kuala Pilah)
- Istimewa kerana gula yang digunakan adalah gula kabung dan bukan gula merah sepertimana yang digunakan penjual cendol lain. Rasanya adalah lebih enak kerana ia tidaklah terlalu manis sepertimana menggunakan gula melaka. Gerai ini telah diusahakan daripada generasi ke generasi sejak lebih 30 tahun.
Rojak Kuala Pilah (Rojak Pilah)
- Rojak Brahim..nama founder rojak Kuala Pilah ini. Telah wujud sejak bergenerasi.
- Biasanya kuah rojak ialah kuah kacang, tetapi berbeza dengan rojak Pilah..kuahnye seperti kuah mee rebus dengan kueh rojak yang amat ranggup
- Lokasi bersebelahan dengan Pasar awam Kuala Pilah
Gula Enau / Onau
- Gula ni memang terkenal di Kuala Pilah atau dekat Pekan Juasseh tempat tanah kelahiran kartunis Ujang.
- Gula ni memang la satu kemestian barang patut dibeli apabila balik ke kampung atau merentasi Kuala Pilah
- Lazat jika dibuat pelbagai kuih tradisional dengan berintikan gula enau ini buah melaka (kueh kolopung )atau kueh talam dan sebagainya.
- Originaliti pembuatan dan rasanya tak ada tandingan di tempat lain.
- Dijual di gerai-gerai sepanjang jalan menuju ke Kuala Pilah dari Seremban
Telur Itik Ulu Bendol
- TIUB cukup terkenal disekitar Ulu Bendul yang membawa maksud Telur Itik Ulu Bendul.
- Enak jika dimasak masak lemak cili api bersama daun asam gelugur atau belimbing buluh
Cendawan Kukur
- Cendawan klasik ini amat sedap dan rasanya seakan-akan daging
- Resepi masak lemak cili padi cendawan kukur ini biasa aja, cuma ditambah sedikit ikan bilis yang ditumbuk kasar sebagai rencah bagi menyedapkan lagi masak lemak
- Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati
Apam Daun Rambai
- Jika dibandingkan dengan apam-apam lain, apam rambai memang berbeza walaupun cara memasaknya adalah sama iaitu dikukus.
- Tetapi keistimewaannya tentu sekali ia lebih enak dimakan malah boleh tahan lama daripada apam-apam sedia ada
- Aroma mewangi, bentuk sederhana, tidak melekit serta keenakan rasa merupakan ciri-ciri yang menjadikan apam daun rambai atau lebih dikenali sebagai apam Johol begitu popular sekitar Johol dan Kuala Pilah.
- Apam rambai boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan sambal tumis ikan bilis, madu malah boleh dicampur dengan cendol
Ayam Kampung Salai
- Ayam kampung sedap kalau disalai dulu, biar minyak ayam tu keluar, dan bau masakan lebih harum.
- Ayam kampung yang di salai dengan kayu api memikat bau kuah gulai nanti. Asap berkepul-kepul, bau semerbak. memang menambat selera makan
Daging Salai
- Daging salai ini semakin popular di kalangan masyarakat di negeri ini, malah orang luar juga menyukai masakan Negeri Sembilan.
- Membuat daging salai agak rumit, kerana perlu mengambil masa yang lama
- Keenakan daging salai dapat dirasai melalui pelbagai jenis masakan seperti masakan tradisional Negeri Sembilan, masak lemak cili padi.
- Daging salai boleh dimasak dengan pelbagai jenis ramuan termasuk terung asam dan buah cepu yang menggambarkan identiti daerah Kuala Pilah.
Cendawan Busut
- Cendawan busut tidak seperti cendawan tiram yang dijual dan dikomersilkan secara meluas.
- Ia panjang-panjang, liat dan memang sedap dibuat masak lemak atau masak tumis air berencah ikan bilis
Dodol / Penganan
- Walaupun Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor, Kuala Pilah memiliki dodol yang unik dan tersendiri. Gula enau turut digunakan sebagai salah satu resepi bagi menambah kelazatan.
- Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya.
- Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Jika singgah di Kuala Pilah, bolehlah mencari di gerai-gerai sepanjang jalan dari Seremban atau ke Batu Kikir
Rebung
- Biasanya rebung yang dijual di sekitar Kuala Pilah adalah yang muda dan sesuai untuk dimasak lemak cili api
- Ini berbeza dengan rebung yang dijual secara komersil
- Boleh dimasak dengan daging salai atau udang galah sungai
- Pastikan rebung dibeli lebih kerana takut tak cukup apabila anda telah sampai ke destinasi.
Petai/Potai
-
Anda boleh belajar speaking NS9 semasa membeli petai. “Cik, berapo sikat potai ni?…”sikat tigo inggit, kuk amik ompek ikek sepuloh hinggit yo”
-
Banyak dijual di gerai sepanjang jalan sekitar Kuala Pilah, bergantung kepada musim. Enak jika dikikir kulit petai dan dimasak lemak cili api.
Advertisements
meleleh air lior
umang ai..limo taun den duk kopilah..
xdo pn jumpo bondo2 gini.. tgk blog bru den taw
May be it is time to revisit
tolo itik masak lomak cili apa yang sodap tu… yummeee..
memang terbaik.mak den masak lomak cili api ataupun masak lomak yellow river.menjilat jari kono pulak gulai robung dengan udang.pergh!!!