Category Archives: Informasi

Aktiviti Presstij Separuh Tahun ke 2 , 2013

Assalam bro n sis!

Walaupun agak senyap kebelakangan ini JK Presstij tetap merancang xtvt di belakang tabir. Antara program yg bakal menyusul, InsyaAllah:

1. Program berbuka puasa di SMSTJ- Presstij & PIBG- ( biro kebajikan & pibg)

2. Program meraikan anak anak angkat SMSTJ ( biro kebajikan)

3. Majlis berbuka puasa Presstij( biro kebajikan)

4. Futsal Presstij 2013 – Oktober 2013 ( biro sukan)

5. Golf Tertutup Presstij ( dlm
perancangan )- AJK Golf headed by TYDP Bro Fareed 87.
6. Mesyuarat Agung Presstij 2013.

Kami terbuka kpd sebarang cadangan dan ideas dr semua!

Maju Sempurna!
Khalid Ibrahim 89
SU Presstij
b/p: YDP Dato’ Ir Nasir 80
http://www.presstij.wordpress.com

( gambar : Bro Nadzri 84 dan Biro Sukan Presstij bermesyuarat di Alamanda minggu lepas)

20130619-122527.jpg

PRESSTiJ Panel Forum Kebangsaan Anjuran Kementerian Pelajaran

YDP PRESSTiJ Dato' Ir Nasir (tengah) bersama ahli-ahli  panel

YDP PRESSTiJ Dato’ Ir Nasir (tengah) bersama ahli-ahli panel

Kuala Lumpur, 24 Feb. 2013– PRESSTiJ telah diberi penghormatan sebagai panel di Forum sempena Majlis Pelancaran Sarana @ Tookit Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025) Peringkat Kebangsaan .

Forum disertai NGO dan ahli panel terdiri dari wakil-wakil Persatuan Alumni iaitu PRESSTiJ, MCOBA, STAROBA, SEMESTA dan SMJK Hwa Lian Mentakab telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah berlangsung di KL Convention Centre.

PRESSTiJ diwakili oleh YDP Dato’ Ir Nasir Ibrahim. Seramai 200 peserta dikalangan pengetua, guru-guru dan wakil-wakil NGOs telah memenuhi dewan KLCC. Pelancaran majlis oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, DS Muhyiddin Yassin.

Dato' Ir Nasir berkongsi pencapaian PRESSTiJ..

Dato’ Ir Nasir berkongsi pencapaian PRESSTiJ..

Ucapan Takziah Buat Keluarga Arwah Onn Mansoor 1979

Takziah diucapkan buat keluarga arwah Onn Mansoor di atas pemergian beliau ke rahmatullah pada tengah hari 18 Februari, 2013. Arwah yang merupakan alumni SMSNS 1979 dan berkhidmat dengan Jbtn Kastam DiRaja Malaysia Johor telah menghembus nafas terakhir di Hosp. Sultan Ismail JB.

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini.
AJK, Ahli PRESSTiJ dan seluruh alumni SMSNS/STJ/SMSTJ mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Sebarang sumbangan bagi meringankan beban keluarga arwah boleh disalurkan melalui nombor akaun wakil Batch 1979 Bro Mohd Yunus b Abdul Rahman 151191383196 (Maybank). Terima kasih.

Sekretariat PRESSTiJ

20130218-220202.jpg

With Sympathy

The late Claudia Theophilus  (standing in the middle row, 5th from the left) with her Form Five Bohr 1988 classmates, Sekolah Tuanku Jaafar Kuala Pilah

The late Claudia Theophilus (standing in the middle row, 5th from the left) with her Form Five Bohr 1988 classmates, Sekolah Tuanku Jaafar Kuala Pilah

The Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah Alumni Association (PRESSTiJ) and SMSTJ alumni would like to extend our deepest sympathy to Claudia Theophilus families. Claudia, 42, went to STJ Kuala Pilah from 1984 till 1988. Claudia was a producer with Al-Jazeera English Online. Many of her close friends have very fond memories of growing up with Claudia at STJ Kuala Pilah. She was a best friend to many. Claudia was always good to her batch mates and other STJrians, juniors and seniors,as well as all her teachers. Her kindness meant a lot to us. We hope that her family will have the strength to bear this grievous loss.

With Sympathy,

Dato Ir Md Nasir Ibrahim

YDP PRESSTiJ

Link : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/4/nation/12667908&sec=nation

Anugerah Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) YB Datuk Zaifulbahri Idris

YB Zaifulbahri..prihatin

YB Zaifulbahri..prihatin

YDP, AJK, Ahli-ahli PRESSTiJ dan seluruh Alumni SMSNS/STJ/SMSTJ Kuala Pilah merakamkan ucapan TAHNIAH kepada YB Datuk Zaifulbahri Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Negeri Sembilan; pelajar STJ Kuala Pilah Batch 1984 yang dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-65, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, pada Isnin 14 Januari, 2013.
Sumber: http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/735terimaanugerah/mobile/mArticle

Congratulation Bro Mustapha Kamil Mohd Janor (SMSNS Class of 1978)

PRESSTiJ wishes to congratulate Bro Mustapha Kamil Mohd Janor (SMSNS Class of 1978) on his recent appointment as the managing editor of NST’s business pullout, Business Times.

Formerly executive editor of Business Times, he will lead the revamp of the business pullout as an authoritative source of business and financial news.

Read more: New line-up at Media Prima – General – New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/new-line-up-at-media-prima-1.164852#ixzz2AxyniKh7

Biro PRESSTiJ Muda: Suara alumni muda diiktiraf!

JK PRESSTiJ dalam mesyuarat JK pada Sept 11 2012 telah bersetuju untuk menubuh Biro Presstij Muda. Matlamat Biro ini adalah untuk engage alumni muda yang selama ini mungkin segan segan untuk bersuara, serta memberi ruang mengemukakan idea dan sumbangan kepada Presstij dan SMSTJ Kuala Pilah.

JK juga merasakan Biro Presstij Muda ini perlu bagi mengiktiraf wujudnya ramai alumni muda yang aktif dari setiap batch . Mereka ini perlu dilatih dan dipersiapkan untuk memangku pimpinan masa depan PRESSTiJ. Mereka yang dikenalpasti akan dipelawa untuk menyertai Biro ini.

Jika alumni muda, bro and sis ingin turut serta di dalam Biro ini, boleh emel presstij.alumni@gmail.com atau sms Penolong Setiausaha Bro Khalid Ibrahim..0126588782

One for all, all for one !

20120912-221905.jpg

Pelajar SMSTJ SPM 2009 Cemerlang

Tahniah SMSTJ

SMSTJ Maju Sempurna!!

SMSTJ terima Anugerah Tawaran Baru Pengetua (Bai’ah) kali kedua

Oleh http://bbestari12.blogspot.com 13 Julai 2012

Menteri Pelajaran menyampaikan anugerah kepada Pengetua SMSTJ

BANGI 12 Julai: Alhamdullillah SMSTJ sekali lagi menerima Anugerah Tawaran Baru Pengetua (Bai’ah) untuk kali kedua. Anugerah ini telah diterima oleh Pn Hjh. Noorizan Abd. Latif Pengetua Cemerlang SMSTJ di Equatorial Hotel, Bangi. Anugerah telah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Tahniah kepada seluruh warga SMSTJ di atas penganugerahan ini.

Bekas pemandu SMSTJ, Encik Nasir kembali ke Rahmatullah..

“On d way ke Johol menziarah arwah En Nasir, pemandu di jabatan kami yg juga bekas pemandu STJ Kuala Pilah, yg meninggal dunia semalam. Al Fatihah…”
Berikut adalah beberapa postings FB:
Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!