Category Archives: Perutusan YDP

Congratulation Bro Mustapha Kamil Mohd Janor (SMSNS Class of 1978)

PRESSTiJ wishes to congratulate Bro Mustapha Kamil Mohd Janor (SMSNS Class of 1978) on his recent appointment as the managing editor of NST’s business pullout, Business Times.

Formerly executive editor of Business Times, he will lead the revamp of the business pullout as an authoritative source of business and financial news.

Read more: New line-up at Media Prima – General – New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/new-line-up-at-media-prima-1.164852#ixzz2AxyniKh7

Advertisements

Selamat Menunaikan Ibadah Haji 1433H

PRESSTiJ mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada semua ahli dan alumni SMSTJ serta ahli keluarga.  Semoga Allah mempermudahkan segala urusan . Amin

Telah dikeluarkan oleh Ibnu Sunni dan At-Thabrani dari Ibnu Umar radhiyallahu anhuma berkata: seorang pemuda datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: sesungguhnya aku berhaji, lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan bersamanya, dan berkata: “wahai pemuda, semoga Allah membekalimu dengan ketakwaan, dan menuntunmu kepada kebaikan, dan mencukupimu dari kesedihan”, maka tatkala pemuda tersebut pulang dia mengucapkan salam kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, maka beliau berkata: “wahai pemuda, semoga Allah menerima hajimu, dan mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu”.

Biro PRESSTiJ Muda: Suara alumni muda diiktiraf!

JK PRESSTiJ dalam mesyuarat JK pada Sept 11 2012 telah bersetuju untuk menubuh Biro Presstij Muda. Matlamat Biro ini adalah untuk engage alumni muda yang selama ini mungkin segan segan untuk bersuara, serta memberi ruang mengemukakan idea dan sumbangan kepada Presstij dan SMSTJ Kuala Pilah.

JK juga merasakan Biro Presstij Muda ini perlu bagi mengiktiraf wujudnya ramai alumni muda yang aktif dari setiap batch . Mereka ini perlu dilatih dan dipersiapkan untuk memangku pimpinan masa depan PRESSTiJ. Mereka yang dikenalpasti akan dipelawa untuk menyertai Biro ini.

Jika alumni muda, bro and sis ingin turut serta di dalam Biro ini, boleh emel presstij.alumni@gmail.com atau sms Penolong Setiausaha Bro Khalid Ibrahim..0126588782

One for all, all for one !

20120912-221905.jpg

Perutusan YDP Sempena Kemasukan ke Universiti 2012 dan UPSR 2012

Mesej dari YDP PRESSTiJ:

 

PRESSTiJ mengucapkan tahniah adik-adik SMSTJ 2011 kerana telah berjaya ke menara gading bermula pada bulan ini. Moga dikurniakan ketabahan dan kecekalan sepanjang berada di kampus.
Di universiti adik-adik perlu menjaga diri sendiri tanpa pengawasan ayah dan ibu, namun itu tak bermakna adik-adik tak boleh berhubung dengan mereka. Hubungilah mereka. Dapatkan juga nasihat-nasihat dari abang-abang atau kakak-kakak yang dah lama berada di kampus serta pilihlah kawan yang bermanfaat buat diri adik-adik.
PRESSTiJ juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anak-anak ahli dan alumni SMSTJ yang akan menduduki UPSR minggu ini.

Assalam. YDP PRESSTiJ.

Salam Merdeka 55 Tahun

PRESSTiJ merakamkan ucapan Selamat Menyambut dan Menghayati Kemerdekaan ke 55 buat seluruh ahli Presstij , alumni SMSTJ, bekas guru-guru, barisan pendidik, adik-adik pelajar dan warga SMSTJ Kuala Pilah.

Indah sungguh bunga seri pagi,
Disimbah mentari kembanglah ia;
Terasa bertuah diri ini,
Karna dilahirkan di bumi Malaysia.

20120831-070548.jpg

YDP & JK PRESSTiJ Mengucapkan Salam Aidilfiri 1433H : Kemaafan dipinta…

Salam Aidilfitri pada semua yang berkaitan dengan SMSNS, STJ atau SMSTJ…

Perutusan YDP: Sempena Pelancaran Blog PRESSTiJ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah dengan limpah kurniaNya kerana berjaya mewujudkan sebuah laman blog Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah, PRESSTIj yang dapat menghimpunkan bekas pelajarnya semula. Saya mewakili seluruh warga persatuan PRESSTIj, berbesar hati dan mengalu-ngalu tuan-puan melayari blog ini bagi mendapatkan maklumat dan manfaatkannya.  Para alumni juga digalakkan untuk berkongsi berita atau cerita aktiviti batch masing-masing di blog ini bagi pengetahuan rakan-rakan alumni yang lain.

 Saya berharap dan mendoakan agar laman Persatuan ini akan dijadikan platform untuk para alumni berkongsi idea, pengalaman dan kepakaran. Perkongsian maklumat itu diharapkan dapat memupuk budaya interaktif yang sihat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa atas kegigihan dalam menjayakan program-program yang diadakan setiap tahun.

Akhir kalam, daftarlah segera sebagai ahli persatuan PRESSTIj bagi mengeratkan hubungan warga Persatuan Alumni.  Saya percaya semua alumni mempunyai kekuatan atau buah fikiran tersendiri bagaimana untuk memantapkan persatuan.  Marilah kita bekerjasama secara sukarela. Insya-Allah kita akan mendapat manfaat yang besar daripadanya. 

Selamat Mendaftar!

Y. Bhg. Dato’ Ir. Haji Md. Nasir Bin Ibrahim

Yg. Dipertua

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!