Category Archives: SMSTJ

Hoki SMSTJ Juara Daerah Kuala Pilah

Oleh Abdul Rahman Yaakub (STJ88)

Kuala Pilah, 22 Mac 2013– Pasukan hoki lelaki bawah 18 SMSTJ berjaya menjuarai kejohanan hoki daerah Kuala Pilah setelah menewaskan Sekolah Sukan Zaaba. Manakala pasukan perempuan bawah 18 menjadi naib johan setelah kalah tipis di tangan pasukan lawan yang sama iaitu Sekolah Sukan Zaaba. Syabas diucapkan!

Juara Hoki Daerah Kuala Pilah 2013- SMSTJ Bawah 18

Juara Hoki Daerah Kuala Pilah 2013- SMSTJ Bawah 18

Pelajar SMSTJ doktor pertama masyarakat Orang Asli di NS

Amri Dahdi (tengah) beramah mesra bersama kanak-kanak di kampungnya ketika ditemui di kampung  Orang Asli Batu Peti dekat Rompin, hari ini.GAMBAR/PEMBERITA: SAJIDA ASARULAH KHAN (UTUSAN)

Amri Dahdi (tengah) beramah mesra bersama kanak-kanak di kampungnya ketika ditemui di kampung Orang Asli Batu Peti dekat Rompin, hari ini.
GAMBAR/PEMBERITA: SAJIDA ASARULAH KHAN (UTUSAN)

JEMPOL 5 Mac – Tidak ada yang lebih menggembirakan buat seorang anak masyarakat Orang Asli dari Kampung Batu Peti dekat sini, apabila cita-citanya untuk bergelar seorang doktor akhirnya tercapai.

Amri Dahdi, 27, merupakan seorang doktor yang pertama untuk masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Ayahnya, Dahdi Kooh, 67, ialah Tok Batin di kampung tersebut manakala ibunya, Leha Pakpot, 67, mengambil upah menganyam rotan.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus Cheras itu memberitahu, ketika zaman kanak-kanak dia bercita-cita menjadi doktor haiwan namun mula berubah ketika meningkat remaja.

“Saya fikir jika menjadi seorang doktor saya boleh menjaga keluarga dengan baik. Sebagai seorang anak, saya ingin membalas jasa ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan saya.

“Ketika saya bersekolah, ibu terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer dari rumah ke jalan utama untuk menghantar saya menaiki bas. Tengah hari pula, ibu akan datang dan tunggu di simpang utama, walaupun terpaksa berjalan jauh ibu tidak pernah mengeluh kerana mahu anaknya selamat,” jelasnya.

Anak bongsu daripada sembilan beradik itu memulakan tugas sebagai doktor pada 2010 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan kini bertugas di Hospital Jempol sejak sembilan bulan lalu.

“Saya tidak pernah malu untuk memberitahu saya adalah anak Orang Asli, malah bangga dengan status itu. Saya gembira apabila ada pihak yang tahu bahawa anak Orang Asli juga boleh berjaya malah ramai adik-beradik yang bertugas di luar kampung kami.

“Tiga kakak saya merupakan guru, seorang kakak anggota polis serta ada abang saya yang menjadi pensyarah dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Jika mahu diimbas kembali, memang banyak kenangan dulu, malah saya pernah rasa kekok ketika mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rompin. Saya tidak pernah berpeluang untuk ke tadika dan terus ke darjah satu,” katanya yang berasal dari suku kaum Semelai.

Amri turut memberitahu, dia mempunyai impian untuk membuka sebuah klinik sendiri di kawasan Jempol dan akan memberi keistimewaan kepada orang kampungnya.

“Ini merupakan antara perancangan jangka masa panjang saya. Jika saya berjaya membuka klinik ini, saya akan memberikan harga istimewa buat masyarakat Orang Asli.

“Saya berharap anak-anak Orang Asli menggunakan kemudahan yang ada pada hari ini untuk menuntut ilmu. Buktikan kepada orang luar bahawa kita juga boleh berjaya dan mampu mengubah nasib keluarga,” tegasnya.

Lagu SMSTJ Maju Sempurna

Tersergam Indah Di Pinggir Desa

Sekolah Tuanku Ja’afar Tercinta

Harum Namamu Sentiasa Dipuja

Lahirkan Insan Bertakwa

Para Pendidik Tumpahkan Setia

Turut Segala Bimbingan Mulia

Berdedikasi Beradap Sopan

Membentuk Akhlak Teras Kemajuan

Gigih Berusaha Menimba Ilmu

Majukan Diri Ke Puncak Jaya

Maju Didunia Akhirat Jua

Sempurna Iman dan Cita

Ayuh Bangsaku Mari Bersama

Berpadu Tenaga Seia Sekata

Curahkan Bakti Pada Negara

Maju Sempurna Selamanya

Lagu: Amirullah Ismail
Lirik: M. Yusuf Ghani

20130113-111831.jpg

KEJOHANAN HOKI 6 SEBELAH TERBUKA KLUANG

Hoki SMSTJ 2012..Gandingan mantap!

Oleh : Razali Ahmad

Kluang, 21 Sept. 2012– Pasukan Hoki STJ Warriors telah menyertai KEJOHANAN HOKI 6 SEBELAH TERBUKA KLUANG bagi kategori bawah 16 tahun (L/P) yang diadakan pada 21 – 23 September 2012 di Padang SM SAINS JOHOR, Kluang.

Berikut adalah keputusan penuh penyertaan:

STJ A

Lumpulan LD:

LD1 STJ A
LD2 SMK INDAHPURA B
LD3 SMKTHO B
LD4 SMK SAINT JOSEPH B
LD5 SAKTI BRAVEHEARTS BSTJ A VS SMK INDAHPURA B : kalah 0 – 2STJ A VS SAKTI BRAVEHEARTS B : menang 1 – 0

SMKTHO B VS STJ A : seri 1-1

SMK SAINT JOSEPH B VS STJ A : menang 0 – 2

*naib juara kumpulan

Pusingan Kedua:

STJ A VS SM SAINS SULTAN ISKANDAR
seri 0 – 0
(penentuan strok)
menang 2 – 1

suku akhir

STJ A VS SM SAINS SELANGOR : seri 0 – 0
(penentuan strok)
menang 2 -1

Separuh Akhir:

STJ A VS SM SAINS JOHOR : kalah 0 – 1

Penentuan Tempat 3/4

STJ A VS SMK INDAHPURA B : kalah 0 – 1

*STJ A mendapat tempat ke empat dan membawa pulang hadiah 1. rm300.00, 2. medal dan 3. sijil penyertaan

Tahniah para pemain serta guru dan cuba lagi dengan jaya tahun depan!!!
Razali Ahmad ( Pegawai Fizikal SMSTJ)

Kejohahan CIMB FOUNDATION COBRA – KGV 10″s

Oleh Angah Azam Zamri

SMSTJ Warriors

Seremban, 22 Sept, 2012-STJ Warriors Bawah 16 Tahun dan 14 Tahun telah menyertai kejohahan CIMB FOUNDATION COBRA – KGV 10″s yang telah berlangsung selama dua hari di padang KGV, Seremban, 22 – 23 September 2012.  Keputusan penuh adalah seperti di bawah:

Bawah 16 Tahun:-

SMSTJ VS SMK Sultan Ibrahim

Menang 5 – 0SMSTJ VS SMS Selangor
Kalah 0 – 14

SMSTJ VS MRSM K. Terengganu
Menang 17 – 7

SMSTJ VS Semasyur
Kalah 0 – 12

SMSTJ VS SAS (Quarter Final Plate)
Kalah 0 – 1 (Penalti)

Bawah 14 Tahun

SMSTJ VS Semasyur
Kalah 0 – 5

SMSTJ VS Brains (SBPI Batu Rakit)
Menang 21 – 0

SMSTJ VS KGV
Menang 21 – 0

SMSTJ VS SDAR
Kalah 0 – 12

SMSTJ VS English College
Menang 7 – 0

SMSTJ VS MCKK (Semi Final Plate)
Kalah 0 -1 (Penalti)

Kepada semua pemain, penyokong yang terdiri dari ibubapa, pelajar dan Coach Nurudin, teruskan semangat juang tinggi anda untuk membawa nama SMSTJ gah kembali di bidang sukan sebagaimana kejayaan yang dirintis di dalam era 80-an dulu.

Tanpa kelibat beberapa pemain utama yang masih dihambat kecederaan, kemampuan SMSTJ untuk melangkah ke peringkat Quarterfinal dan Semifinal amat dibanggakan.

SMS Tuanku Jaafar muncul juara forum kebangsaan

Utusan Malaysia ARKIB : 05/10/2006

WARGA SMS Tuanku Jaafar, Kuala Pilah membawa pulang piala Pertandingan Forum Remaja Kebangsaan, baru-baru ini, setelah muncul johan. Berdiri di depan, empat dari kiri ialah pengetuanya, Norizan Abd Latif.

SEKOLAH Menengah Sains (SMS) Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan muncul juara Pertandingan Forum Remaja Kebangsaan 2006 di samping pelajarnya, Mohd. Izdiyad Mohd. Lock Man meraih anugerah Pengerusi Terbaik pada pertandingan tersebut.

Selain Mohd Izdiyad, SMS Tuanku Jaafar diwakili oleh Umi Hafizatullaila Mohamd Zulkipli, Nur Aqilah Nordin, Nur Zahidah Hosman dan Nai’mah Ahmad Haripin (simpanan).

Menurut Umi Hafizatullaila, pertandingan tersebut merupakan peluang kepada golongan remaja untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa kebangsaan selain dapat membina generasi muda yang mahir dan fasih serta petah berhujah.

“Aktiviti ini berjaya mencapai objektif dan harus diteruskan malah kami gembira kerana usaha kami selama ini berbaloi,” katanya.

Pada pertandingan yang dianjurkan Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu, SMSTJ menghuraikan tajuk Jiran Sepakat Membawa Berkat.

Sebanyak 15 sekolah telah berentap pada forum kali ini yang diadakan di Pulau Pinang selama empat hari.

Pelajar SMSTJ SPM 2009 Cemerlang

Tahniah SMSTJ

SMSTJ Maju Sempurna!!

SMSTJ terima Anugerah Tawaran Baru Pengetua (Bai’ah) kali kedua

Oleh http://bbestari12.blogspot.com 13 Julai 2012

Menteri Pelajaran menyampaikan anugerah kepada Pengetua SMSTJ

BANGI 12 Julai: Alhamdullillah SMSTJ sekali lagi menerima Anugerah Tawaran Baru Pengetua (Bai’ah) untuk kali kedua. Anugerah ini telah diterima oleh Pn Hjh. Noorizan Abd. Latif Pengetua Cemerlang SMSTJ di Equatorial Hotel, Bangi. Anugerah telah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Tahniah kepada seluruh warga SMSTJ di atas penganugerahan ini.

Bekas pemandu SMSTJ, Encik Nasir kembali ke Rahmatullah..

“On d way ke Johol menziarah arwah En Nasir, pemandu di jabatan kami yg juga bekas pemandu STJ Kuala Pilah, yg meninggal dunia semalam. Al Fatihah…”
Berikut adalah beberapa postings FB:

Guru Nadi Penggerak SMSTJ (2002)


Nama

Jawatan / Tugas Utama

Tn. Haji Baherin b. Sihat

DG48 Pengetua

En. Adnan b. A. Aziz

DG 41 Penolong Kanan 1 / Warden

En. Abdul Razak b. Silong

DG 41 Penolong Kanan (HEM) / Warden

En. Abdul Karim b. Mohamad

DG 41 Penolong Kanan Ko-Kurikulum & Matematik

Pn. Norhashimah bt. Alias

DG 41 K. Bidang Tek. & Vok., Bendahari PIBG

En. Loo Kwee Wah

DG 41 Ketua Bidang Bahasa, S/U Takwim 2002

Pn. Suwaibah bt. Haji Jalel

DG 41 Ketua Bidang Kemanusiaan, S/U STKP

Pn. Fauzah Bte Mohammad

DG41 Ketua Bidang Sains Dan Matematik

En. Haji Yusoff b. Marsidi

DG 41 GT 5D, S/U Jadual Kedatangan

En. Shamser Singh a/l Bhag Singh

DG 41 GT 2A, S/U Self Access

En. Riddzwan B Salim

DG 41 Kaunselor,S/U PIBG

En. Wong Hui Meng

DG41 GT 3C, KP Sains Paduan, AJK J/Waktu

Pn. Lee Tai Giok

DG 41 KP Bahasa Inggeris

Pn. Bariah bt. Tokiah

DG 41 GT 4B, S/U Keceriaan

Cik Tamilselvi a/p Subramaniam

DG 41 S/U Pendaftaran

En. Mohd Rozi b. Ibrahim

DG 41 Guru Disiplin / Warden

Pn. Azlin bt. Yahaya

DG 41 KP Sej., S/U Kurikulum, S/U Unit Trafik

En. Shamsul Kamal b. Salleh

DG 41 KP Pendidikan Islam, GT 5C

Cik Rosmah bt. Md. Daron

DG 41 GT 3D

Pn. Fauziah bt. Yamin

DG 41 KP Kimia, AJK Peperiksaan

Cik Helen a/p L. Paul Rajamany

DG 41,AJK Pep.  AJK Jadual Kedatangan

En. Zainuzzamree b. Mat Samah

DG 41 S/U Peperiksaan

En. Kang Hook Tiang

DG 41 Pen. S/U Sukan, S/U 3K

En. Sharifuddin b. Sharif

DG 41 KP B. Arab, GT 2A, AJK Peperiksaan

Pn. Nor Hasimah bt. Hassan Bakri

DG 41 KP K. Hidup, S/U Kantin

Cik Aesah bt. Hussein

DG 41 KP Luk. Kej., S/U S. Akuan Pelajar

En. Zolcapli b. Shamsuddin

DG 41 Warden, KP Tek. Kej.,S/U Pem. & Fizikal

En. Kamal b. Md. Taib

DG 41 Warden, Setiausaha Kokurikulum

Pn. Norekedah bt. Alias

DG 41 KP Matematik Men. Atas,

En. Lee Moon Yuen

DG 41 GT 4E, S/U Keselamatan & Kebakaran

Pn. Mashita bt. Mohd Nasir

DG 41,KP Biologi, GT 4B,

En. Mohd Zin b. Abd. Ghani

DG 41, S/U Jadual Waktu,KP Pen. Seni

Cik Kasmizan Nor Bt Mohd Sarji

DG 41 , Penolong S/U Sukan

Cik Siti Noraini bt. Abu Hassan

DG 41,GT 5B, AJK Jadual Waktu, AJK Koperasi

Pn. Umi Kelsom bt. Nayan—-

DG 41,Setiausaha Majalah

En. Sadan b. Othman

DG 41 KP Muzik / Pancaragam

En. Shamsuddin b. Abu Bakar

DG 41 S/U Pengawas, AJK Disiplin

Pn. Rohimah bt. Baharuddin

DG 41,GT 1B, AJK Disiplin, KP B. Melayu

Cik Jaslinawati bt. Mohd Saad

DG 41 S/U Biasiswa, AJK Displin

Cik Zawiyah bt. Ahmad

DA41 GT 3E, AJK PIBG, S/U Sem. Jenazah

En Anuar B Tahar

DG 41

Cik Norehan bt. Mohd Ghani

DG 41 GT 1E, AJK B. Sumber, Pen. Bendahari PIBG

En. Istika b. Dollah

DG 41 GT 1C, AJK Siaraya, AJK SPBT

En. Mohd Zali b. Zakri

DG 41 Warden, Penyelaras IT

Cik Norashikin bt. Abu Bakar

DG 41 Warden, KP Pendidikan Moral

En. Said Ramlan b. Ishak

DGA29 , S/U Siaraya, AJK Kantin

Pn. Kam Siow Lin

DGA29  KP Bahasa Mandarin, S/U SPBT

En. Basri Halimuddin b. Abdul Hamid

DG A29  Warden, Pengurus Koperasi

En. Faizul Anuar b. Gaisun

GSTL DC 41 GT 1D, S/U Inventori

Pn. Noraini bt. Ithnin @ Abdul

GSTL DC 41 GT 5C, KP Fizik

En. Moharni B. Mohamed 

GSTL DC 41 Kepengawasan, AJK Koperasi

Cik Ayu Suwaty bte. Jaafar

GSTL DC 41 Waden, Guru Data 

Pn. Hanita Bte. Samsudin

GSTL DC 41 GT 1B Guru Bim. & Kaunseling

Cik Nur Razana bt. Mohamad

GSTL DC41 S/U Perpustakaan

Cik Norezar bt. Abd. Muad

DG A 29 GT 3B, AJK Koperasi

En. Wan Azli B Wan Ibrahim 
GSTL DC 41 Pengerusi Ketuja, Pen. Peny. PSS
Cik Hamidah Bte Baba
DG A29 GT 1A, KP B. Jerman
En. Shazreen B Mohd Shah
DG 41 DT 2E, Kepengawasan,  AJK PIBG, N. Pengerusi Ketuja
En Nuruddin B Abd Aziz
GSTL DC 41 Guru Data, Waden
Cik Sazariyah Bte Mat Zin
GSTL DC  41 GT 3A
Cik Zailela Bte Razali
GSTL DC 41 AJK Peningkatan Staf, Waden
Pn. Zalia Bte Kamarizaman
GSTL DC 41 GT 2D, AJK Pendaftaran
Pn. Norlela Bt Baharudin
DG 41 Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
En. Hamdan B Abd Aziz
DG 41 KP Geografi, S/U Bilik Sumber
Pn. Hasmiza Bt Md Aris
DG 41 GT 4C, AJK 3 K
Pn Roslidar Bt  Hashim
DG 41 GT 2C, AJK 3 K
Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!