Category Archives: Uncategorized

Info SMSTJ

1. Nama Sekolah : SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

(Dahulunya dikenali sebagai SM Sains Negeri Sembilan (1973-1980), Sekolah Tuanku Ja’afar (1981-1995)

2. Singkatan nama : SMSTJ atau STJ

3. Nombor telefon dan faksimili: 06-4811304 (telefon) dan 06-4817137 (faksimili)

4. Alamat e-mel : smstuankujaafar@yahoo.com

5. Laman web sekolah : http://www.smstj.edu.my

Lokasi Kuala Pilah di Ngeri Sembilan

6. Facebook : SMS Tuanku Jaafar

7. Kod sekolah : NEE 1098

8. Nombor Pusat Peperiksaan : ND221

9. Status Sekolah : Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster Kecemerlangan

10. Pejabat Pendidikan Daerah : Kuala Pilah

11. Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) : Juasseh

12. Kawasan Parlimen : Kuala Pilah

13. Jarak sekolah ke PPD Kuala Pilah : 2 km

14. Jarak sekolah ke JPNS : 43 km

15. Pentadbir sekolah :

a) Pengetua : Puan Hjh.Noorizan Binti Abd Latif (019-6539798)

Email : eyzanlabu@yahoo.com

b) GPK : Puan Salwati Binti Setia (019-2619967)

Email : salwati_setia@yahoo.com.my

c) GPK HEM : Encik Mohd Fauzi Bin Othman (013-3852837)

Email : mohdfauziothman@yahoo.com

d) GPK KOKU : Puan Rozlina Binti Mohd Ali

Email : roza5488@yahoo.com

Pelajar SMSTJ Yakin, Berdikari dan Bestari

16. Misi SMSTJ:

MENYEDIAKAN PENDIDIKAN TERBAIK BAGI MELAHIRKAN PELAJAR BESTARI DAN BERKETERAMPILAN MELALUI PENGURUSAN DAN KEPEMIMPINAN BERKUALITI

17. Visi SMSTJ:

SMSTJ MENJADI SEKOLAH TERBILANG DI MALAYSIA MENJELANG 2015

18.  Lencana SMSTJ:

Lencana SMSTJ

Warna

Tiga warna pada logo dipilih khas.

MERAH melambangkan keberanian pelajarnya menampilkan diri dalam arena akademik dan kokurikulum.

KUNING menunjukkan penerapan agama Islam merentas kehidupan masyarakatnya.

Manakala MERAH, KUNING dan HITAM merupakan warna-warna rasmi bendera Negeri Sembilan.

Simbol

4 Gelang melambangkan empat buah rumah sukan iaitu:

  • Merah – Raja Melewar (Dikenali sebelum ini sebagai Rajawali)
  • Biru – Tunku Burhanuddin (Dikenali sebelum ini sebagai Helang)
  • Hijau – Raja Hitam (Dikenali sebelum ini sebagai Garuda)
  • Kuning – Tunku Kurshiah (Dikenali sebelum ini sebagai Enggang)

Kelalang dan Kompas menunjukkan bahawa teras kurikulum ialah Sains dan Matematik.

Tolok Dawai pula merujuk kepada 9 daerah di Negeri Sembilan.

Bumbung Minangkabau yang mengarah ke atas menandakan visi sekolah untuk maju dengan sempurna.

Perkataan

Sekolah (Menengah Sains) Tuanku Jaafar ialah nama sekolah ini.

Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah lokasi sekolah ini.

Maju Sempurna pula ialah moto sekolah ini.

Ukuran Sebenar

Logo sekolah berukuran 3.5 cm x 2.3 cm

Pencipta Logo Lencana

Encik Adenan Md. Saleh , SMSNS Batch  1977 ( Emel: amoza_kysar@yahoo.com)

19 . Sejarah SMSTJ:

Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar merupakan cetusan idea Tun Abdul Razak b. Hussain, Perdana Menteri Malaysia seperti yang dilaporkan dalam Laporan Razak pada tahun 1970 sebagai salah satu cara untuk membangunkan orang-orang Melayu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dan untuk jurang ekonomi antara kaum di negara ini.

Pada 2 Januari 1973, seramai 109 orang pelajar lelaki dan 34 orang pelajar perempuan yang diambil dari pelbagai sekolah di Negeri Sembilan telah dimasukkan ke sekolah ini.  Sementara menunggu proses pembinaan sekolah selesai, para pelajar yang diambil telah ditempatkan buat sementara waktu di Sekolah King George V, Jalan Hose Seremban. Asrama pelajar lelaki terletak di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Jalan Channer manakala asrama pelajar perempuan terletak di rumah banglo kerajaan yang lama di Jalan Hose.  Sekolah ini bermula dengan 6 orang staf akademik yang diketuai oleh En. Abu Samah bin Katas.

Tingkatan 2M1 SMSNS ( Menumpang di KGV)

Pada hujung tahun 1974, pengetua sekolah yang pertama telah dipilih iaitu En. Mohd Hanif bin Idris.  Beliau berjaya memikul tanggungjawab sebagai pengetua dengan jayanya.

Pada sesi Januari 1975, para pelajar ini akhirnya dipindahkan ke Kompleks baru di Kampung Gentam di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pada tahun yang sama juga, para pelajar tingkatan empat yang baru telah diambil dari pelbagai sekolah menengah di Negeri Sembilan.  Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan telah memberi dimensi baru dalam pencapaian akademik di sekolah-sekolah dan penduduk di kawasan Kuala Pilah.  Bukan itu sahaja, sekolah ini juga dihormati kerana kejayaan dalam bidang sukan.

Penghuni Blok C @ Chelsea, Channer Road

Pada 31 Januari 1981, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman telah merasmikan pembukaan sekolah ini dan sempena perasmian ini, nama sekolah ini telah diubah kepada Sekolah Tuanku Jaafar.

Walau bagaimanapun mulai sesi 1994/1995, nama sekolah ini telah diubah sekali lagi kepada Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar kerena hendak memberi penekanan kepada sains sejajar dengan seruan kerajaan untuk melahirkan lebih banyak tenaga mahir berasaskan sains.

Kini, Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar merupakan salah satu sekolah Bestari.  Konsep sekolah Bestari bertujuan untuk mengubah budaya berasaskan ingatan dan pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada budaya berfikir, kreatif dan kebolehan menyelesaikan masalah

Advertisements
Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!