About PRESSTiJ

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah (PRESSTiJ) telah didaftar pada 2 Julai, 2010 sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan nombor pendaftaran ialah 1631-10-NSE

Alamat berdaftar ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kg. Gentam, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Maltlamat PRESSTiJ adalah seperti berikut:

  1. Membantu SMSTJ dalam pelbagai bentuk bantuan yang antaranya kewangan, buah fikiran, dan lain-lain yang difikirkan wajar untuk kemajuan pelajar-pelajar SMSTJ;
  2. Mengumpul bekas-bekas pelajar untuk menjalankan pelbagai aktiviti pertemuan semula dan aktiviti pulang ke sekolah;
  3. Menyatukan bekas-bekas pelajar supaya dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam bidang masing-masing yang dapat bantu membantu dalam kerjaya dan perniagaan; dan
  4. Membantu bekas-bekas pelajar melalui aktiviti-aktiviti persatuan dan oleh ahli-ahli yang berwibawa serta berjaya

Keahlian PRESSTiJ adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang pernah bersekolah di SMSTJ. Permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar ke Setiausaha atau Penolong Setiausaha.

Sehingga 2012 terdapat 37 batches (Batch SPM 1976- SPM 2012) atau anggaran 5,000 alumni yang telah berjaya dihasilkan oleh SMSNS/STJ/SMSTJ.

Bayaran masuk dan Yuran keahlian adalah seperti berikut:

  1. Bayaran masuk: RM20.00
  2. Yuran Tahunan:RM20.00
  3. Yuran Seumur Hidup:RM300.00
  4. Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari dalam tempoh 1 bulan dari awal tiap-tiap tahun

PRESSTiJ telah mengadakan pelbagai program kebajikan dan sesi merapatkan silaturrahim sesama alumni, selaras dengan objektif penubuhannya. Antaranya ialah :

  1. Program Anak Angkat ( Alumni dengan anak anak yatim pelajar SMSTJ),
  2. Sesi lawatan ziarah alumni atau keluarga alumni yang memerlukan,
  3. Program Kembali ke Sekolah,
  4. Program sukan dan rekreasi,
  5. Majlis berbuka puasa,
  6. Sumbangan bantuan kepada pelajar yatim SMSTJ atau persatuan pelajar yang mewakili sekolah dan
  7. Pelbagi sesi motivasi yang dilaksanakan mengikut batch masing-masing atau PRESSTiJ sendiri

PRESSTiJ juga menjalankan beberapa aktiviti bersama dengan PIBG SMSTJ. Pembiayaan program adalah menggunakan wang sumbangan alumni dan yuran ahli. Persatuan cuba meminimakan penggunaan wang sumbangan atau yuran ahli untuk belanja pentadbiran kerana faktor kewangan yang terhad. Value for Money adalah matlamat utama penggunaan sumber persatuan.

Blkg Nazri Carlos, Zamri, Rozailin,Hafazah,Azhar,Siti,Mar Azleena,Afendy, Nazri Juda dan Semat
Dpn: Khalid, Fareed, Dato Ir Nasir, Nik dan Mazwati

Jawatankuasa PRESSTiJ dipilih di dalam Mesyuarat Agung setiap dua tahun sekali. Penaung dan Jawatankuasa bagi Sesi 2012-2014 adalah seperti berikut:

Penaung

Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri ,Tunku Besar Tampin

Yang DiPertua:

  • Dato’ Ir. Md Nasir Bin Ibrahim 1980

Timbalan Yang DiPertua:

  • Fareed Reezal Bin Arund 1987

Setiausaha:

  • Nik Mohamed Fakaruddin bin Nik Mahir 1984 ( sehingga 7.12.2012)
  • Khalid Ibrahim 1989 (mulai 8.12.2012)

Penolong Setiausaha I:

  • Khalid bin Ibrahim 1989

Penolong Setiausaha II:

  • Nazri Ishak 1998

Bendahari:

  • Borhan bin Md Doya 1988

Penolong Bendahari:

  • Siti Khalijah Bte Ibrahim 1980

Ahli Jawatankuasa:

1. Norazimah Bte Kamarudin 1986

2. Mazwati Bte Mohd Zain 1991

3. Hafazah Bte Hafidz 1984

4. Nadzri Juda 1984

5.Abd. Semat Bin Abd Rahman 1987

6. Kamlyzan Bin Karim Abdullah 1986

7.Azhar Bin Saffuan 1980

8. Mohd Nor Bin Othman 1982

9. Abdul Rahman Bin Yaakob 1988

10. Farhan Miqdad 2009

11. Mar Azleena Bte Omar 1980

12. Rozailin Bte Abdul Rahman 1999

Ahli Jawatankuasa Lantikan :

1. Zamri Zainuddin 1985

2. Haris Azman 1987

3. Mohd Yunus Abdul Rahman 1979

Duta PRESSTiJ :

1. Shariffudin Thani 1977 (Tugas-tugas Khas)

2. Azizee Mahmood 1977 (Kebajikan)

Pemeriksa Kira-Kira:

1. Affendy bin Khalid 1999

2. Mohd Azhari Mastuki 1991

Akaun PRESSTiJ : CIMB 1429-0000371-107

presstij.alumni@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

%d bloggers like this: