Tag Archives: smstj

PRESSTiJ di Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas SBP Peringkat Kebangsaan 2015

11844191_10205819227858674_1838268796_n
Melaka – Pada 10 hingga 13 Ogos 2015 yang lepas telah berlangsungnya Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dengan kerjasama Alumni Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah. Sebanyak 68 buah Sekolah Berasrama Penuh yang telah terlibat dan masing-masing telah menghantar empat orang wakil Murid Projek Khas. Selain itu, sebanyak 15 buah persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh yang telah menyertai Kolokium ini antaranya ialah Alumni Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja’afar (PRESSTiJ), Alumni Sekolah Tun Fatimah (Srikandi), Alumni Sekolah Seri Puteri (Puteri), Alumni Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAROBA), Alumni Sekolah Menengah Sains Johor (SAJOHA), Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS), Alumni Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah (ExSAS), Alumni Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (ASPUTRA), Alumni Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (MOZAC) dan juga Alumni Sekolah Menengah Sains Tunku Abdullah (ASTA).
Program ini antara lain adalah untuk meningkatkan self-esteem murid dari keluarga yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan (PGK) agar mampu dan lebih berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan serta mampu menjadi pemimpin dalam apa jua bidang yang diceburi. Selain itu, objektif program ini dijalankan adalah untuk membina kefahaman dan menghayati peranan dan tanggungjawab sebagai Murid Projek Khas di SBP, membina dan membentuk keperibadian Murid Projek Khas yang cemerlang yang boleh dijadikan model kepada murid lain dan masyarakat SBP serta menanam sifat berterima kasih dalam kalangan Murid Projek Khas terhadap bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan dan pihak-pihak lain seperti guru, PIBG, Alumni dan sebagainya.
Yang diPertua PRESSTiJ, Dato’ Ir. Hj. Md Nasir bin Ibrahim, Naib Yang Dipertua PRESSTiJ, Dato’ Saifullizan bin Osman serta beberapa orang ahli jawatankuasa PRESSTiJ yang lain seperti Dr. Radzi Abu Mansor, saudara Khalid bin Ibrahim, saudara Mohammad Yahya, saudara Saiful Adly dan saudari Nurul Atifah telah turut sama menjayakan sesi “Aspire by Alumni SBP” pada hari kedua program. EXCO MERCY, Encik Ayof dan dua orang staf MERCY Malaysia iaitu Cik Suhailie dan Cik Syuhada beserta sukarelawan, Shafiq dan juga Aizat telah bersama-sama berkongsi ilmu serta pengalaman mereka sepanjang menyertai misi-misi MERCY Malaysia. Ramai murid telah menunjukkan minat dan respon yang positif terhadap aktiviti kesukarelawanan.
Pada sebelah petangnya, kami telah dijemput untuk bersama-sama dengan Murid Projek Khas yang lain untuk menikmati jamuan hi-tea bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Ir. Idris bin Haron di Seri Bendahara – kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka. Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh adik-adik daripada (terlupa nama sekolah)11843999_10205819227978677_295082817_n.
Pihak PRESSTiJ juga sempat bertemu dengan keempat-empat orang pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja’afar yang terlibat dengan program ini iaitu adik Putera Mustaqim bin Mustafa, adik Muhammad Sukriyllah bin Yusri, adik Nurul Huda binti Adnan dan adik Nur Atieqah bt Rahim. Semoga adik-adik ini berjaya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan datang seterusnya menjadi manusia yang berjasa kepada orang sekeliling kelak.

Disediakan oleh,
Nurul Atifah Md Haron
Biro Alumni Muda
PRESSTiJ

11874008_10205819931876274_1569642628_n

11872902_10205817696500391_577192020_n

11857497_10205817693020304_722913269_n
11857633_10205817689820224_49282278_n
11824147_10205817690100231_376150966_n

Major Amriza makes STJ and Presstij proud!

image

President Obama proudly escorted by Major Amriza, inpected guards of honour at the Parliment

Kuala Lumpur April 26, 2014- President Barack Obama inspected a guard-of-honour mounted by 107 officers and men from the First Battalion of the Royal Malay Regiment led by Major Amriza Mohd Asshari.

The ceremony was also marked by a 21-gun salute-The Star

Presstij would like to congratulate  Major Amriza Ashhari STJ Class of 95 for his perfect performance at the Parliment today. You certainly make your parents, family, friends, STJ, ATM and country proud!

Not bad for a boy from Gontam.

Khalid Ibrahim
Secretary of PRESSTiJ

Boarders Malaysia

Connecting ex-students of boarding schools in Malaysia.

Briged Bestari

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!

L.E.A.D.S 0509 OFFICIAL WEBSITE

Where Best Friends Cheer...Maju Sempurna!